Ahad, 27 Februari 2011

Ooohh letihnya laaa...

Assalamualaikumm..

Tika menaip ni pun mata rasa berattt..badan letih sungguhh lah..mana taknya 2 hari cuti rehat terpaksa gi ofis jugak..ada kerja yg perlu dibereskan. Tak sampai hati plak nak menolak permintaan Sue untuk membantunya. Tak apalah akak korbankan cuti hujung minggu ini bersama anak-anak.Mmg bising dorang bila akak kata kene keje weekend ni..tak pe lah bukan selalu kan..next week i'll spend my precious time with uoallzz, macam biasa & macam selalu…hokey..

Sebelum ke pejabat, akak kena lah amik ati dorang kann..kita bekfes kat kedai mamak dulu..haa..emmm cam biasa lah, abang order roti canai & milo ais,, adik plak order tosey & air sirap bandung..pepagi minum sirap bandung??. Kebetulan Ecah anak sedara akak tido kat umah malam tadi, so dia pun interframe lah dlm ini crita (cer citer..cer citer) dia makan roti canai and air suam aje..air suam??..a’ahh sebab dia batuk yee..tak leh minum aiss…akak order roti telur & Nescafe tarik aje..cukup lah tu…abah dorang minum kopi o panas makan apa ek? Terlupa lee tak hingat..aaa ada lagi akak share sebungkus nasi lemak ngan anak dare akak..ok lah tu tak de la heavy sgt kan utk memulakan hari ini dengan cerianya (ceria kee…)

Akak sempat melipat kain baju aje pagi tadi, yg lelain tak sempat nak amik pot pun..keje-keje umah akan dipospon ke minggu depan aje lah. Balik keje tadi dh dekat kol 6 petang, abah dorang ngan budak2 sekali datang jemput akak balik. Terus ke KJ, nak amik anak sedara seorang lagi dak Qayum (abang Ecah) nak kene anta dorang balik ke Subang Perdana plak. Bila badan dah penat, perut pun lapar gile..sejak sarapan pagi tadi, akak tak jamah apa2, adalah makan pisang goreng Sue beli..menjelang malam perut dh menjerit2 minta diisi. Makan piza aje lah malam nih..cukup lah tu janji kenyang. Order 2 large piza ngan drinks, 45 hinggit aje..murah tak?...













Ahad, 20 Februari 2011

Weekend

Assalamualaikum...

Tetiba rasa nak makan roti prata yang garing (cam roti canai lah)..apa lagi ke Giant lah kita ye..akak beli yg frozen.Sesekali bila teringin nak makan, akak beli lah tapi tak selalu. Akak suka makan roti prata nih, bila dimasak roti nih, kat luar garing and di dalamnya lembut je. Tak caye?..boleh try kat umah..ehe..

Bila dah masak roti prata, kene lah masak kuah dalnya kan..apa lagi mula lah projek memasak kat dapur..kuahnya memang akak sengaja masak lebih sebab leh disimpan beku dlm peti ais, bebila nak makan roti prata, kita panaskan aje kuahnya.

Ini lah sarapan pagi akak weekend nih..











Selasa, 15 Februari 2011

MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUMM..

Sempena menyambut Maulidur Rasul hari ini, suka lah nak share artikel kat bawah ni dengan u allz sumer. Sharing is Caring..kan..kan...bersama-sama lah kita berselawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W.

duniaherbahpa On October - 6 - 2006

Tumbuhan Penawar Penyakit

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu
pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu
dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran
ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi
tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun
demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta
memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa
itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan
tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk
manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda


ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan
ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
* Madu boleh mengeluarkan racun
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh
dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak
berbau busuk
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh
atau menyebabkan penyakit.
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
* senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

* Penyakit kulit
* Terbakar
* Jerawat
* Gatal-gatal
* Luka
* Kanak-kanak lumpuh
* Kurap
* Sakit gigi
* Sakit mata
* Sakit jantung
* Selesema

BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di
mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah
keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di
atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang
fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda
SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari
syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak
berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan
buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi
Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya
selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:

* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun
untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam
berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk
melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

KHASIAT BUAH ZAITUN

Antara khasiat buah zaitun ialah:

* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.

KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam
sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat
ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi
sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar,
insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan
santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.
Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua
dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun
sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

HABBAH AS-SAUDA

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya
; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala
penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam
kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim
tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di
India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya
berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh
dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh
dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang
harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati
bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah
penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu
bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak
lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin,
Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya
menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat
manfaat dari penggunaannya.



Epy BesdaY Girl & Boys

AssaLamualaikumm..


N3 kali nih akak nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran anak-anak sedara dan anak bujang akak..walaupun dh berlalu tapi masih belum terlambatkan..





Ahad lepas 13 Feb 2011, besday anak sedara akak Saifullah yg ke 15 tahun (yg bert-shirt purple, budak kat belakang tu sila abaikan).Tahun nih dia amik PMR semoga Sepol berjaya dlm examnya dan tercapai cita-cita dan menjadi anak yg taat kepada kedua ibubapa ye..




Pada 6 Feb 2011 plak, besday anak sedara sorang lagi, Nurshahida yg ke 18 tahun. Dah boleh kawen laa...skg ni dia tengah bz kat pusat latihan PLKN di Bukit Jugra, Kelang. Mak dia ngadu, anak dare dia nih asikkkk nak balik..tak sronok ke dok situ?..ishh kalu time mak long dolu2 ada PLKN nih..berlari mak long join tauu..bulan Mac depan tamat lah latihan kat situ. Result SPM pun mungkin dh keluar masa tu, dh bz plak nak sambung belajar. Semoga apa yg diimpikan akan menjadi kenyataan, dimurahkan rezeki yee...




Bulan lepas on 22 Jan 2011, besday anak leaki akak, Mohamad Haiqal yang ke 12 tahun..alahai kejap je ko dah besau bang..tahun depan dhn pakai seluar sekolah kaler hijau.Tak lama lagi dh amik UPSR, belajar ler sungguh2 untuk masa depan yg gemilang dan cemerlang, ibu doakan abang berjaya dlm peperiksaan, jadi anak yg soleh..aminnn.



Khamis, 10 Februari 2011

MakaN-MaKan

ASSALAMUALAIKUMM..

RESTORAN NASI ARAB - Kota Damasara (depan Giant)..makan kat sini mmg sedap..menunya ada Nasi Ayam MAndy, Kambing MAndy (bukan sbb ayam ngan kambing ni mandi tau..tapi sebutan dia 'Mendy')..kenyang makan sepinggan dan sedap. Gambo ni pun amik dh setengah abis..sbb kelaparan dan sedap nasinya. Akak & abah budak2 nih pesan Nasi Kambing Mandy. Nasinya lebihkurang mcm nasi beriyani, lauk kambingnya dibungkus dlm aluminium foil panas lagi..di iring dengan coleslow, tomato kisar (cam sambal tapi tak pedas) dan sop. Harganya berbaloi lah dengan volume nasi tu..kalu org tak kuat makan leh kongsi 2 orang.




ICE ROOM - Kota Damansara (depan Giant)..pada akak yg sedap kat sini ice cream dia aje...(eskrim sagat..) mmg marbeless...makanan yg ada dlm gambar nih nampak jer sedap..tapi emmm mmg tak rekomen ler kat uollz...kurenggg...











































CANADIAN PIZZA-Giant Kota Damansara..piza kat sini mmg sedap (ikut selera akak lee) kalu kita simpan dlm peti sejuk pun still lembut jugak..tak liat. Compare to Piza yg lagi satu tuu..kann..yg nih akak rasa berbaloi lah..murah dan sedap..

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...