Sabtu, 12 Mac 2011

Bila Alam Bersuara..

Assalamualaikum..

Semalam dunia dikejutkan dengan berita tsunami melanda Timur Laut Miyagi berhampiran dengan Sendai, gegaran kuat pada magnitud 8.9 skala ricther mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda daerah berkenaan. Akak baru menonton berita di tv tadi mmg mengerikan dan betapa dasyat fenomena alam bila berlaku bencana. Begitu kuat arus ombak tsunami hingga rumah 2 tingkat pun boleh dihanyutkan. Boleh dilihat juga kapal-kapal layar dan kenderaan yg berat seperti barang mainan bila di bawa arus tersebut. Amat memilukan hati bila diberitakan ramai yang mati lemas dlm kejadian tersebut. Takziah buat penduduk Jepun.

Kawan akak ada di Tokyo bersama famili, dia amik coti tanpa gaji selama 3 tahun sbb wife dia sambung belajar di sana and dia jadi Mr Mama lah. Kalau tak silap tahun ini mereka dijangkakan pulang ke Malaysia. Harap dema sekeluarga selamat di sana. Minggu depan boss akak plak akan ke Jepun atas urusan kerja selama seminggu dengarnya akan ke sana bersama familinya juga, semoga semasa pemergiannya nanti, tiada lah bencana alam itu berulang, semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air.


sumber: BBC News



sumber:ibnlive.in.com




sumber:lonely planet.com




Ahad, 6 Mac 2011

Besday lagi..

Assalamualaikummm...

Ehh..besday lagii..25 Feb lepas adik akak yg ke 6, Zurina menyambut besdaynya yang ke berapa ekk..biar lah rahsia katanyee..sempat lah buat majlis sempoi2 aje kat umah parents akak di KJ, makan2 untuk famili aje. Semoga umur mu diberkati dan dimurahkan rejeki bersama famili mu yang tersayang.

And pada 4 Mac lepas, besday anak sedara akak plak yang ke 14, dia ni lahir beberapa hari lepas kenduri kawen akak. Masa kenduri akak tu, mak dia tengah sarat tunggu masa nak beranak. Agaknye penat menguruskan majlis kawen akak, tak berapa hari lepas tu dia pun melahirkan seorang puteri one and only Puteri Liza Zahira (anak tunggal).Semoga jadi anak yg mendengar kata ibu bapa dan tercapai cita2 yg diimpikan.

Zurina

Puteri Liza Zahira



Selasa, 1 Mac 2011

EPY ANNIVERSARY....

ASSALAMUALAIKUMM






Hari ini genaplah ulang tahun perkahwinan akak yg ke 14...dalam diam tak diam, kecoh tak kecoh..dahhhhh 14 tahun. ok..nanti citer lagi yee...sbb nak buat keje dulu..

Meh sambung citer..Akak kawen dedulu bukan lah atas dasar chenta sama chenta, tapi atas urusan orang tua.Bukan ler kata akak tak penah berchenta..penahh..tapi tu lah..tak de jodoh antara kita..kui..Sure u allz akan tanye boleh ker kawen tak cintan cintun dulu ni ekk..boleh aje.Teringat masa akak gi kursus kawen dulu kat semejid Negeri Shah Alam, budak2 situ cam tak caya aje bila akak kata tak bercinta pun dgn tunang, dorang cam pelik lah kot sbb zaman skg ni pun ada gak org kawen tak fefeling dulu kann..Mungkin susah lah pada awal perkahwinan tu, tapi kene banyak, banyakkkkk sabar. Mungkin cabarannya lebih besar kot, mana taknya, tetiba kita kawen dgn org yg tak pernah kita kenali, orang asing dlm hidup kita. Akak terima jua jodoh yg telah ditetapkan dan redha.

Mula citernya gini, makcik akak kenal baik ngan famili abang ipar akak. Memulanya abg ipar akak bertanya pada makcik kot2 dia ada anak dare kekununnya boleh lah dijodohkan ngan adik lelaki dia yang masih bujang trang tang tang. Anak-anak pompuan makcik akak sumernya dah kawen. So dia cadangkan anak sedara dia yang masih tak kawen lagi (akak lah tuu). Dari situ lah akak dikenenkan dengan suami. Sebelum akak membuat apa-apa keputusan, akak ajak lah mamat tu jumpa nak kenal lebih dekat lagi.Jumpa pun tak de lah jauh2..dekat Mc D's KJ aje kat ngan umah.Suami akak ni pemalu orangnya..tak banyak citer. Masa jumpa tu pun asik akak aje yg pot pet pot pet, tanya itu, tanya ini.Dlm ati akak berkata gak, alahai boringnye mamat nih..sepatah org tanye, sepatah dia jawab, tak sampai 1 jam, akak pun balik. Akak dh buat keputusan, and bila akak bagitahu aje kat mak, dia dh membebel, macam2 dia cakap, yang akhirnya akak pun mengalah dan turuti kemahuan mak. Mana taknya, 5 orang adik2 akak dah kawen dan beranak pinak, akak yg sulung ni tak kawen2, mau dia tak membebel "..nak tunggu apa lagi..".

Tak lama lepas tu kami pun bertunang, dlm tempoh bertunang kami tak de lah nak berdating2 cam orang lain. Ada tak de pun akak ajak dia gi beli kain utk buat baju melayu masa nikah nanti. Tu ler sekali kami keluar bersama sebelum menikah. Persiapan pun ala kadar aje tak de lah beriya2 tempah pelamin bagai. Mmg plan tak nak sanding, tapi sempat gak lah tukar2 baju..eheheh..Meriah jugak lah hari perkahwinan akak w/pun sederhana aje. Mak & abah lega sbb anak dia yg sorang ni akhirnya berkahwin jugak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...