Isnin, 25 April 2011

JALAN-JALAN

ASSALAMUALAIKUMMM....



Last Saturday kami adik beradik anak beranak penuh 1 avanza meuju ke Pameran Buku di PWTC KL..Dh lama jugak tidak mengadakan aktiviti begini. SEsekali mmg seronok lah kan berjalan dengan rombongan Cik Kiah nih. Kami beramai2 kesana selain nak nengok buku2, sebenOnye kami ingin memberi sokongan moral pada my sis yg berada di sana untuk promosi novel sulungnya. Dan pada hari yg sama, mantan PM kita Tun Dr Mahathir juga berada di sana untuk sign otograf kepada peminat2 yg membeli buku memoir karangannya yg bertajuk A Doctor In The House. Dari kejauhan dah terdengar suara abang SY, tak perasan lak dia emmcee pada majlis tersebut atau artis jemputan, sbb tak sempat nak nengok die membebel kat ateh pentas..eheh..Orang punya lah ramai, berasak2 tak leh nak tunggu2..lagi pun banyak booth dari syarikat penerbitan buku ada di sana..tak sempat nak kunjung semuanya..

Balik dari PWTC, kami menuju plak ke pasar malam Jln TAR. Cuaca mendong menandakan kejap lagi hujan mau turun..tapi tak mematahkan semangat nak cari tudung. Hujan pun akan ku redah. Begitu lah semangatnya bila nak bershopping kann...yg mengeluh sure le anak2 yg mengikut nih..nak tak nak ikut follow aje lahh. Sampai di kedai yg dimaksudkan, akak nengok punya lah banyak tudung, bermacam jenis, warna dan harga boleh dipilih. Mmg murah..tapi akak tak beli pun sbb kepala dah pusing tak tau nak memilih yg mana satu. LAgi pun bile dijeling ke kaunter..punya lah panjang Q org nak membayau. Memang teringin nak capai sehelai dua, tapi apakan daya tangan tak sampai..(iye lahhh tuu) Ada tak de pun, akak beli selipar untuk anak dare yg sorang nih..sibuk sangat nak beli selipar baru walaupun selipar yg ada masih elok lagi. Tak kesampaian hajat nak meronda2 sepanjang jalan pasar malam, sbb hujan mencurah2 petang tu.




ini lah selipar buah anggur, harganya RM15.00 tak leh nak tawar..fixed price katanyee..


Balik dari Jln TAR kami singgah makan steambot di JOm Periok kat Giant KElana Jaya.
Badan pun letih perut pun keroncong, apa lagi..balun ler buffet yg ada..makan sampai kenyang..jgn risau, akak belanje...

Rabu, 20 April 2011

PESTA BUKU

ASSALAMUALAIKUMM...




Kepada yg gemar membaca novel2 keluaran Alaf21, boleh lah berkunjung ke Pesta Buku Alaf 21 Karangkraf di PWTC pada 23-24 April ini. Dengar2nya ramai penulis novel yg terkenal akan berada di sana untuk sesi berjumpa peminat dan boleh dapatkan otograf dari mereka. Di sini akak dengan rasa gumbiranya mengucapkan tahniah kepada my sis Nor Hayati Mohamad or nama pena nya Yatie Atiqa atas kelahiran novel sulungnya bertajuk IRAMA SEMALAM baru2 ini dan dia akan berada di sana pada 23 April pada jam 10 pagi hingga 1 petang. All the best sis...harap dapat melahirkan banyak novel2 dengan idea baru selepas ini.


Selasa, 19 April 2011

SABAH MARI...

ASSALAMUALAIKUMMM....





Kawan akak, Leena dan famili datang bercuti2 Malaysia dari Kota Kinabalu, Sabah last week. Sempat lagi berposing dengan hero2nya..anak2 dia semua lelaki..semoga tahun depan dapat baby gurl lah pulak..usaha tangga kejayaan..eheheh


Isnin, 18 April 2011

MERAIKAN TETAMU..

ASSALAMUALAIKUMM...

Dah sebulan jugak akak tak update blog yg satu ini..bukan malas tapi internet kat umah tu tak 'menyala'..haahahaa..sis akak selalu pesan rajin2 lah update blog tu walaupun sebaris perkataan..

Last Saturday kengkawan akak datang bertandang ke rumah. Lama benar dorang tak mampir..eheh…actually kawan akak namanye Norzila, kami dok satu block, dia dok di tingkat 2..akak tingkat 1. Walaupun berjiran, jarang2 nak bertandang ke umah. Memasing sibuk dengan urusan sendiri2. Kebetulan lak Norlida bermalam di rumah Zila, so dia pun call nak ziarah akak kat umah, time tu dlm kol 3 petang rasanya. Alahaiii..time2 tu org dok sedap mengorok (tidor lee). Akak pun pesan kat dia nak datang kalu, petang2 lah sket lepas Asar ke..So akak pun lepas jer Asar terus ke dapor..capai tepong, capai ikan bilis..apa lagi godek buat cekodok ler petang tu nak menjamu dan meraikan tetamu yg akan berkunjung, sbb itu aje yg ada kat dapor akak nih…nak ke kedai, jauh lah plak. Sempat ler call abah budak2 nih pesan belikan pisang goreng bila balik dari kerja nanti. Bila dh makan makanan berminyak2 nih…akak hidangkan lah Green Tea panas2..jaga kesihatan gitu…Kami pun borak2 sambil makan cekodok colet sos cili sesambil nonton drama Korea kat tv8..sedar tak sedar dh abis cekodok sepinggan..Bila masuk waktu maghrib, dorang pun mintak diri nak balik..Alhamdulilah dorang balik dengan perot yg kenyang..tak yah nak makan malam lagi..thankx ida n ila..lain kali mampir2 lah lagi..










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...