Ahad, 29 Mei 2011

Makan-makan...Lagi

ASSALAMUALAIKUMM..

Rabu lepas teringin lak nak gi makan kat Periok Belanga di Kelana Jaya..kami tiga beradik, Asu (adik bongsu akak) driving, 2nd sister akak, Nor memulakan misi kami selepas maghrib. Tapi tak de rejeki plak nak makan di situ sbb restorannya tutup. Emm..ke mana kite? A'haa..akak pun cadang gi makan kat restoran makanan China Muslim DONG YI SHUN sederet Faris Maju, Jalan SS6/3, Kelana Jaya. Memang dah lama teringin nak singgah di sini tapi tiada kesempatan.

Istimewanya di sini mee yang diorder akan dibuat dengan tangan bukan mee yg kita makan di kedai spt lazimnya ya..pembuat mee tu ada kat depan resoran. Ala-ala mcm kebiasaan restoran yg ada di negara China. Akak order Pan Mee with beef, bentuknya bukan mcm mee panjang2 tapi lebihkurang mcm pasta berbentuk empat segi..rasanya kenyal dan sememangnya mengenyangkan, mau tak denyee..sepinggan tu leh makan 2 orang!!..Asu order nasi goreng cina, Nor order mee sop seafood..mangkuk boleh tahan besaunya..ehehehe..bahan-bahan yg ada kat dalam tu pn nampak meriah. Side dish kami order ayam panggang 1/2 ekor dan dimsum Xian bao with Beef and Soup flling..intinya ada daging lembu kisar berkuah..Minuman pula kami order Chinese tea sejuk untuk akak and hot untuk Nor..

Ank-anak akak datang kemudian dengan ayah mereka..dorang order cam biasa lah nasi goreng cina je. Boleh dikatakan harganya tak lah mahal amat berpatutan. Bilnya RM70 sahaja..murah tak? Kalau u allz nak merasa mee buatan tangan boleh lah datang ke sini. Menunya pelbagai boleh pilih ikut selera.


















Asu berselera sekali..





mee soup seafood



Pan mee with beef




dimsum Xian Bao with Beef and Soup filling







Isnin, 23 Mei 2011

AL-FATIHAH

ASSALAMUALAIKUMM


Petang Sabtu lepas kita dikejutkan lagi dengan tragedi tanah runtuh. Kali ini bencana alam ini berlaku di Batu 14 Hulu Langat dan mangsanya adalah anak2 yang berada di asrama Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis. Amat menyayat hati apabila senarai mangsa-mangsa yang maut dipaparkan di skrin television, rata-rata umur mereka yang baru aje mengenal dunia persekolahan. Diharapkan ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan dari ILLAHI..semoga roh mereka yang terkorban ini tergulung bersama-sama orang yang beriman beramal solleh..AL_FATIHAH..





Selasa, 17 Mei 2011

CUTI..CUTI..CUTI LAGI

ASSALAMUALAIKUMM....

Hari ini cuti umum Wesak Day..lepak-lepak lah kat umah, cadangnya nak lunch kat Line Clear kat Rahman Putra, Sungai Buluh. Tapi hajat tak kesampaian sebab masa kami sampai di sana, orang dh ramai beratur. Aduhai tak larat lah nak turut beratur di panah panas terik sang mentari kol 12 tghari itu. Siap ada yg berpayung lagi, power tak power nasi kandar tu kann..Sejak masuk dlm rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di tv3 hari minggu lepas, maka ramailah yang teringin nak merasa nasi kandar di situ sbb harganya agak berpatutan tidak mahal seperti harga nasi kandar yang fofular di sini. Dikatakan juga, nasi kandar di sini adalah yang original, sbb nasinya berkaler kuning dan resepi keluarga, bukan nasi putih seperti lazimnya. Tu lah tarikan istimewa yg membuatkan orang ramai berpusu ke sana sempena cuti umum ini untuk merasa keenakkan nasi kandar Fareed Line Clear. Nampaknya tak de rezeki kami untuk makan nasi kandar, mungkin di lain hari.

Kami pun berpatah balik ke Kota Damansara dan menuju ke Tanjung Village Food Court di Dataran Sunway. Di sini pun banyak jugak gerai makan yang enak2. Ikah order nasi ayam 1 set RM7.00 ada taugeh sekali. Quite mahal dari harga biasa, Haiqal order kueh tiew goreng RM3.50. Akak plak order set sop campur dengan nasi kosong + telor dadar harganya RM7.00. Minuman plak kami order Ais Bandong Special, sbb apa special? haaa..sbb air bandong ni dicampurkan dengan gula kabung dan susu. Lebih kurang cam Ais Tea Layer tu. Mmg sedap. U oallzz kalau ada masa tu, singgah2 lah di sini. Kalau sebelah malam lagi banyak gerai2 lain yg dibuka. Kalu nak tahu JJCM pun penah dibuat di sini. Qi dan artis jemputannya Sheila Hamzah, dorang makan set nasi Bawal Power harganya dlm RM10.00..ada set ikan bawal, ikan sembilang dan sotong goreng dihidang bersama-sama kari, ulam dan kicap. Macam-macam menu ada disini...jom try..




















Khamis, 12 Mei 2011

ONDE-ONDE KELEDEK

ASSALAMUALAIKUMM..

Dah lama tak buat juadah minuman petang, tingat masa kite kecik2 dulu mak rajin buat juadah petang. Bila kol 5 aje dah terhidang kuih muih dan teh tarik di atas meja, kita nih tunggu balun aje. Tapi suasana sekarang tak serupa itu lagi, kita lebih suka minum teh tarik di kedai mamak dah jarang mak2 zaman sekarang nih menghidangkan juadah petang untuk famili mereka, termasuk lah akak nih haa...

Selasa lepas akak cuti, tapi anak2 ke sekolah maknanya akak tetap juga ke Kelana Jaya untuk menghantar mereka dan dapat lah akak meluangkan masa di rumah mak. Kesempatan itu jugak, mak menyuarakan kepingin nak makan onde-onde. Apa lagi, lepas Asar akak pun ke dapur untuk menyediakan onde-onde keledek. Pelik ke? tak penah dengar onde-onde keledek? Opis mate akak lagi lah pulak..tak tau amendenye lah 'onde-onde' tu..bila akak sebut 'buah melaka' baru ler dia faham..pulakkkk....

Bila sebut onde-onde keledek tingat lah zaman akak kecik2 dulu, mak menjual kuih muih dan ada warong lagi..jangan memain jual kuih pun ada share partner. Jiran kami makcik Mun share partner mak akak, dia ni mmg lembut orangnye..susah nak dengar dia marah anak2 dia, tak cam mak akak sekali dia jerit mau gegar satu taman perumahan tu..heheh..Makcik Mun ni lah yg buat onde-onde keledek best in the world...gituuu. Mmg betul, akak suka kuih onde-onde Cik Mun, besar kuih tu ada ler kot sebesar bola golf tu..makan sebijik kenyangggg...intinya kelapa yg dimasak dengan gula merah. Kulitnya dari tepung gandung dicampur dengan keledek lenyek. Memang korang tak penah rasa ler onde-onde camgini..kan..kan..tak pe meh kita tengok resepinya..so uollzz leh try test tengok..sedap tak sedap...tapi akak buat aritu guna tepung pulut dengan keledek lenyek jee..tu pun kira ok gak lahh..cam biasa resepi akak tak de sukat2 main baling ajee..


Bahan-bahannya

1/2 kilo keledek
2 cwn tepung pulut
daun pandan diblend ambil airnya
sedikit pewarna hijau
gula kabung dipotong kecil
kelapa parut (ambil yg putih shj)
sedikit garam

Caranya




  1. Kupas kulit keledek dan rebus hingga empuk. Bila dah masak tos airnya dan dilenyek lumat.

  2. Bila keledek dah sejuk, campurkan tepung pulut, curahkan air daun pandan yg telah dicampurkan sedikit pewarna hijau dan uli hingga menjadi doh.

  3. Cubit doh tadi dan gentel bulat2 kemudian dileperkan dan diisi dengan gula kabung

  4. Jerang air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan doh tadi rebus hingga masak.Kalu onde-onde terapung tu maknanya dah masak.

  5. Kelapa digaulkan dengan garam. Onde-onde yg telah masak tadi digaulkan pada kelapa.

  6. Onde-onde siap dihidang.

Selamat Mencuba...





Ahad, 8 Mei 2011

IBUuu..

ASSALAMUALAIKUMM

Jamuan untuk ibu ku tersayang Puan Kamisah bt Tahir.




















Selasa, 3 Mei 2011

QUICHE CHICKEN MUSHROOM

ASSALAMUALAIKUMMM..

Bila kerajinan melanda, maka ada saja yg nak digodek kat dapur kan..petang semalam spt yg telah dijanjikan, akak buat projek quiche plak. Dah lama sebenOnya nak membuat quiche ni tapi asik bertangguh aje. Akak gunakan acuan quiche 20cm sbb oven akak tak de lah besO mana..kang beli acuan besau tak muat lak nak dimasukkan dlm oven. Resepi ni akak salin masa nonton rancangan chef wan di tv2. Satu lagi, akak tak guna sukatan ye..main baling2 ikut sedap tangan..

Bahan-bahannya:-

Pastri

2 1/2 cawan tepung gandum (untuk 2 acuan 20cm)
butter secukupnya
1 biji kuning telur
sedikit air sejuk berais

Bahan untuk ditumis

1 peket button mushroom dihiris
1 labu bawang besar potong dadu
2 keping dada ayam di hiris kecil-kecil
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam dan lada hitam

Bahan kastad

4 biji telur gred A
Heavy cream
sedikit jus lemon
sedikit garam dan lada hitam

Cara-cara membuatnya.

1. Sediakan tepung gaul bersama butter hingga menjadi spt serbuk roti, masukkan
kuning telur dan sudukan air berais sedikit2 hingga adunan menjadi doh. Bungkus
doh dlm plastik dan simpan dlm fridge lebih kurang 1/2-1 jam.

2. Panaskan kuali dan masukkan butter tumis bawang hingga naik bau dan masukkan
ayam dan gaul rata, biarkan ayam masak. Kemudian masukkan mushroom, garam dan
lada hitam. Gaul sebati hingga masak. tutup api dan biarkan inti sejuk.

3. Keluarkan pastri dan canaikan mengikut saiz acuan quiche. Pastri yg telah
dimuatkan dlm acuan hendak lah dicucuk dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung. Bakar separuh masak selama lebih kurang 15-20 minit.

4. Pukul telur dan masukkan heavy cream dan jus lemon, garam dan lada hitam. Kacau
sebati.

5. Masukkan bahan tumis ke dalam pastri kemudian tuangkan adunan kastad dan bakar
quiche hingga masak.


Memandangkan tak jumpa heavy cream, akak gunakan susu segar dlm kotak. Rasanya pun not bad..sedap. Selain dari ayam dan mushroom, kita boleh juga gunakan sayur-sayuran spt tomato, spinach or daging..ikut selera dan citarasa kita. Kalau u allz ada masa pls try quiche ni..mmg sedap..anak-anak akak ingat pizza. Quiche ni lebih kurang cam tart lah..sbb pastrinya sama dengan tart. Ok selamat mencuba..






kulit pastri yg perlu dibakar dahulu





sedia untuk dibakar






chicken mushroom quiche sedia dimakan









Model tetap akak...sedang menjamu selera tak sempat sejuk pun..makan panas2




Isnin, 2 Mei 2011

PROJEK HARI CUTI-CUTI..

ASSALAMUALAIKUMM

Memandangkan cuti ni tak ke mana-mana sbb tak de plan pun nak makan hangin, melepak aje lah kat umah. InsyaAllah plan bercuti bulan June nanti. Anak dare akak plak sibuk aje suruh buat kek so apa lagi, kita pun ke Giant lah membeli keperluan baking membaking nih. Sebelum tu akak ke kedai yang khusus menjual bahan2 membuat kek tapi tutup lah pulak. Selain bahan mentah buat kek, akak beli mixer baru almaklumlah dah 14 tahun tak buat kek. Hand mixer dedulu tu pun ntah ke mana peginya. Masa dok belek-belek acuan muffin..tetiba akak ternampak plak acuan quiche, akak capai ler 2 bijik acuan tersebut. Besok plan nak buat mushroom quiche. Tengah rajin ni kan..

Dalam masa nak balik tu, sempat plak akak singgah tempat orang menjual bermacam jenis pokok-pokok herba organik, sesaja cuci mata, geram jugak menengokkan kehijaun tanaman yg dijual, terpandang plak pokok stevia ada jual di situ, akak pun tak melengah-lengah lagi, beli lah 1 pasu kecik harganya RM11 dan akak beli jugak tanah organic satu bag harga RM10.00, niat di hati nak tanam kat umah mak di Kelana Jaya, sekurang-kurangnya boleh lah jugak mak akak guna untuk buat minuman manis tanpa gula.

Kalu u all nak tau daun stevia nih boleh menggantikan gula dalam minuman dan makanan. Daunnya kita petik dan masukkan dalam minuman panas. Rasa manis cam kita guna gula tapi manisan stevia ini tidak memudaratkan kesihatan. Selain itu, jika kita rajin, boleh keringkan daun2 stevia ini dan simpan dalam bekas. Boleh digunakan bila2 masa kita perlukan. Jom kita tanam pokok stevia ini di rumah.

Meh kita tengok resepi yang akak cari2 dalam internet. Akak search ‘chocolate chip muffin’ dan bahan-bahannya ialah..

250 gm butter
2 ½ cawan tepung kek
1 st baking powder
2 cawan gula halus (akak guna 1 ½ cawan)
4 biji telur gred A
¼ cawan susu segar (kotak)
Sedikit garam
1 st esen vanilla
Coklat chip

Cara-caranya

1. Putar butter hingga kembang. Masukkan telur, esen vanilla dan gula berselang seli, putar lagi

2. Masukkan tepung, kacau.

3. Susu dicampur dengan baking powder dan garam, kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaul. Kemudian masukkan coklat chip. Gaul lagi.

4. Sediakan acuan muffin yg telah dilenserkan dengan margerin. Sudukan adunan ke dalam acuan.

5. Bakar selama 15-20 minit.











lunch yg simple


durian Undang Merah..lemak berkrimm..nyummmyyy!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...