Sabtu, 19 Mei 2012

DONUT



ASSALAMUALAIKUMM

Tetiba plak teringin makan donut, mengalahkan pompuan ngandong yang tengah mengidam kan...siap je membeli barangan keperluan kat Giant, akak pun melangkah lenggang kangkong ke JCo terletak di bahagian bawah Giant KD. Anak dare akak yang lelebih pilih donut mengikut selera dia, kalu boleh semua yang ada kat situ dia nak tunjuk..akak kata pilih 6 ketul aje yee..jangan nak tunjuk selagi ada..last-last ini aje lah hasil 'tunjukkan' anak dare akak..akak makan tak banyak mana pun sekadar merasa aje asal tertunai keinginan..selebihnya budak 2 beradik ni yang perabihkan..akak lebih prefer donut Big Apple.

Donut yang dijual kat cafe tempat keje akak pun sedap jugak..sizenya yang besar leh share berdua..rasanya lembut dan gebu. Makan seketul dah kenyang. Masa bebudak dulu tak jumpa donut nih, yang ada pun kuih keria, or kuih gelang. Bila meningkat rumaja baru lah kenal ngan donut. Dedulu yang femes Dunkin Donut walaupun jarang-jarang membelinya tapi akak suka donut yang berintikan strawberry minum plak dengan kopi.latte..masa tu berangan makan donut kat tepi jalan di Paris!!...haaa..ko ada?? tetiba akak sedar akak makan donut kat tepi jalan Bukit Bintang aje..


















Ahad, 6 Mei 2012

EVENT DI CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

ASSALAMUALAIKUM..

Tahun ini staff event TMW telah diadakan pada 2 - 3 May 2012 di Cherengin Hills Spa & Resort, Janda Baik, Pahang.Tempat peranginan ni betul-betul di puncak bukit daerah Cherengin. Sebelum ini kami juga telah ke Jakarta-Bandung 4 hari 3 malam pada tahun 2010..last year plak kami berada di Hydro Hotel, Batu Feringghi, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam.

Pada tahun 2010, pihak majikan memberi penghargaan kepada semua  staf yang telah sama-sama bertungkus lumus bekerja hingga mencapai target yang telah ditetapkan dengan melancung dan bershopping di Jakarta dan Bandung. Memang seronok sesekali dapat melancung dengan kengkawan sekerja apatah lagi ke luar negara beramai-ramai. Seronok dapat shopping sakan mana tak nye..sampai kat sana semua orang dah jadi jutawan..duit yang di bawa pun berjuta-juta bunyinye...kalau kat sini tak meraso den nak bawak duit juta-jutaan..Orang kata 4 hari tu penuh dengan aktiviti jalan2 dan makan2 dan shoppingan2..tak de kisah pasal kerja dah..pendek kata pueh hati dan berbaloi2..

Tapi tahun 2011, kami ke Penang bukan untuk makan hangin lagi dahh...tak de shopping2 or relax2..masa kami dihabiskan dengan aktiviti 'business plan' yang telah disusun oleh pihak majikan. Sebelum pulang ke KL, sempat jugak lah kami di bawa dekat area Komtar untuk lunch nasi kandar dan ke Chowrasta untuk membeli jeruk..dah sinonim kan kalu ke Penang tak sah kalu tak singgah  ke sini.

Event yang lepas di Cheringin, tak banyak aktiviti dilakukan sebab masa sehari sangat  suntuk dan kami hanya menghadiri 'talk' yang telah diatur pada siang hari dan aktiviti petang telah dibatalkan sebab hujan turun dengan lebatnya. So, kami pun memerap lah dalam bilik hotel melepaskan ngantuk sbb kami naik bas dari  KL jam 7.30 pagi, maknanya kene lah bersiap dari rumah seawal jam 4.40 pagi.  keluar rumah jam 6 kerana kami diminta untuk berada di tempat yang telah ditetapkan pada jam 6.30. Acara yang dinanti2kan adalah acara makan malam bertemakan Arabian Night...so ramai lah Ali Baba dan Marjina pada malam tersebut..Setiap unit diwajibkan membuat persembahan memasing di samping acara cabutan bertuah dan acara kemuncaknya adalah anugerah tahunan diberikan kepada kakitangan cemerlang yang telah dipilih untuk mewakili unit masing-masing. Alhamdulilah akak telah menerimanya buat kali ke 2, tahun lepas di Penang akak terimanya buat kali pertama. Terasa segala penat lelah dan usaha berbaloi dan diiktiraf oleh rakan-rakan sekerja yang telah memberi banyak dorongan dan kerjasama..Terima kasih daun keladi kepada semua staf WSM..lurve uollzz!!

ir

                                                      



                     Pemandangan di Lebuhraya menuju ke Janda Baik/Gting Highlands, berkabus dan sejuk mata memandang




Jalan bersimpang siur yang agak sempit menuju ke Janda Baik







Pemandangan kawasan perumahan di Janda Baik yang boleh dilihat sepanjang jalan.







Bangunan sekolah di perkampungan Bukit Cherengin, suasana di kampung ini aman damai dan tenang je..






bersama rakan sepejabat ya habibi..dari kiri Amin, Syami,.Liza dan Ravin




kengkawan yang mewakili WSM dalam persembahan Seribu Satu Malam..memang terbaik..tahniah..


Anugerah yang akak dapat pada malam itu, last year pun dapat gak..terimakasih kepada kengkawan yang support dan memberi kepercayaan kepada akak selama ini. Jasa kalian akan dikenang jua.


















DRAMA AKASIA: SEINDAH SAKURA

ASSALAMUALAIKUMMM







Novel SEINDAH SAKURA ini adalah hasil nukilan Liza Zahira. Penulis ini jugak adalah adik ipar akak bernama Liza Ali , berkahwin dengan adik lelaki akak yang no. 3, Zulkifly Mohamad kira-kira 16 tahun lalu dan telah dikurniakan seorang puteri yg bernama Puteri Liza Zahira. Dia juga adalah editor majalah PA & MA terbitan Karangkraf. Mulai esok kita akan dihidangkan dengan drama bersiri ini dalam slot Akasia mulai jam 7.00 malam Isni-Khamis. jom kita baca serba ringkas sipnosis novel tersebut.


Sinopsis:- 


SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...






















MESIN JAHIT KU..

Assalamualaikummmmm..

ihsan google






Nak citer pasal mesin jahit yang akak beli kira2 12 tahun lepas. Huh..diam tak diam dah 12 tahun rupenya mesin jahit akak nih. Akak pun tak tau kenapa tetiba akak beli mesin jahit. Nak kata pandai menjahit, tak jugak..nak kata tak reti, tak jugak..lebihkurang boleh lah menjahit. Walaupun masa sekolah dulu amik Sains Rumahtangga (SRT), bab kelas menjahit jer, akak tak berapa nak gemar..bosan gilee..nak tak nak terpaksa lah menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu. Menjahit pun tak sepenuh jiwa raga, maka hasilnya pun tak semengah lah kan. Orang kata, asal siap udah lee…jangan tidak. Tu yang pelik sebenornya, naper tetiba boleh lak terbeli sebuah mesin jahit. I also don’t know lah. 

Agaknya masa akak nengok budak sales girl tu mendemokan cara-cara untuk menjahit sebuah bag, cam senang jer nak jahit. Akak pun teruja nak memilikinya. Selain dari jahit bag dan jahitan biasa nih, ianya juga boleh jahit macam2. Pada pelanggan yang dah purchased mesin nih, dapat lah belajar menjahit sulam tampal bermacam2 corak untuk menjana pendapatan sampingan secara percuma..katanyeee..tapi akak tak pernah lah join kelas menjahit itu sebab tak de orang nak layan nak hantar dan amik dari kelas..hemm.. Tapi, jangan tak tau paling2 terer pun, akak pernah lah jahit kain batik yang dibeli tanpa berjahit semata2 sebab akak sendiri nak menjahitnya. Dan akak pernah tolong kawan akak menjahit kain batiknya jugak. Sebab masa tu kawan akak nih tengah mengandungkan anaknya yang no. 2, dak Amin. conversationnye spt ini.. 



Kak ti: nurul..nurul akak ingat nak jahit bag lah bagi kat korang sorang satu buat kenang2an. 

Nurul: iyer ke kak ti? Bior betul….. (dengan muka tak percayanya) 

Kak ti: iyer lee, ishh kome nih cam tak caya plak ngan aku 

Nurul: haa..caya, caya..apa kata sebelum kak ti mulakan projek buat bag, tlg jahitkan kain batik,   Nurul nak guna masa dalam pantang nanti, ada 3 helai jer, boleh tak?


Kak ti: emmm..10 helai pun boleh, tak de masalah..


Selepas beberapa bulan Nurul bersalin, projek buat bag masih tak nampak bayang. Dan..dak Amin pun dah nak amik UPSR hujung tahun ini..hik..hik..hik.. 

Nih citer pasal conversation dengan kawan akak sorang lagi si Fadzilah.. 

Kak ti: Lah..mesin akak tu akak ingat nak anta service lah, dah lama sangat tak guna.. 

Fadzilah: ishh kak ti ni, masuk ni dah 7 tahun aku dengo ko nak antar gi service, takk jugak antarnye punn...

Kak ti: oOooo..iye ke..ha ha ha (gelak ala2 shin chan) 

Last week akak ke Giant Kota Damansara, singgah ler kat kedai Singer di situ, akak tanya kat tuan kedai boleh tak akak hantar mesin jahit untuk service, walaupun bukan jenama Singer, dia kata boleh, caj RM45 sahaja. Ok lah tu, tak de lah membebankan. Insya’Allah petang nanti masuk ‘wad’ lah mesin jahit akak nih. Harap2 selepas diservice, dapat lah disambung projek yang dah lama terbengkalai..hik hik hik….










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...