Sabtu, 12 Mac 2011

Bila Alam Bersuara..

Assalamualaikum..

Semalam dunia dikejutkan dengan berita tsunami melanda Timur Laut Miyagi berhampiran dengan Sendai, gegaran kuat pada magnitud 8.9 skala ricther mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda daerah berkenaan. Akak baru menonton berita di tv tadi mmg mengerikan dan betapa dasyat fenomena alam bila berlaku bencana. Begitu kuat arus ombak tsunami hingga rumah 2 tingkat pun boleh dihanyutkan. Boleh dilihat juga kapal-kapal layar dan kenderaan yg berat seperti barang mainan bila di bawa arus tersebut. Amat memilukan hati bila diberitakan ramai yang mati lemas dlm kejadian tersebut. Takziah buat penduduk Jepun.

Kawan akak ada di Tokyo bersama famili, dia amik coti tanpa gaji selama 3 tahun sbb wife dia sambung belajar di sana and dia jadi Mr Mama lah. Kalau tak silap tahun ini mereka dijangkakan pulang ke Malaysia. Harap dema sekeluarga selamat di sana. Minggu depan boss akak plak akan ke Jepun atas urusan kerja selama seminggu dengarnya akan ke sana bersama familinya juga, semoga semasa pemergiannya nanti, tiada lah bencana alam itu berulang, semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air.


sumber: BBC News



sumber:ibnlive.in.com




sumber:lonely planet.com




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...