Isnin, 25 April 2011

JALAN-JALAN

ASSALAMUALAIKUMMM....



Last Saturday kami adik beradik anak beranak penuh 1 avanza meuju ke Pameran Buku di PWTC KL..Dh lama jugak tidak mengadakan aktiviti begini. SEsekali mmg seronok lah kan berjalan dengan rombongan Cik Kiah nih. Kami beramai2 kesana selain nak nengok buku2, sebenOnye kami ingin memberi sokongan moral pada my sis yg berada di sana untuk promosi novel sulungnya. Dan pada hari yg sama, mantan PM kita Tun Dr Mahathir juga berada di sana untuk sign otograf kepada peminat2 yg membeli buku memoir karangannya yg bertajuk A Doctor In The House. Dari kejauhan dah terdengar suara abang SY, tak perasan lak dia emmcee pada majlis tersebut atau artis jemputan, sbb tak sempat nak nengok die membebel kat ateh pentas..eheh..Orang punya lah ramai, berasak2 tak leh nak tunggu2..lagi pun banyak booth dari syarikat penerbitan buku ada di sana..tak sempat nak kunjung semuanya..

Balik dari PWTC, kami menuju plak ke pasar malam Jln TAR. Cuaca mendong menandakan kejap lagi hujan mau turun..tapi tak mematahkan semangat nak cari tudung. Hujan pun akan ku redah. Begitu lah semangatnya bila nak bershopping kann...yg mengeluh sure le anak2 yg mengikut nih..nak tak nak ikut follow aje lahh. Sampai di kedai yg dimaksudkan, akak nengok punya lah banyak tudung, bermacam jenis, warna dan harga boleh dipilih. Mmg murah..tapi akak tak beli pun sbb kepala dah pusing tak tau nak memilih yg mana satu. LAgi pun bile dijeling ke kaunter..punya lah panjang Q org nak membayau. Memang teringin nak capai sehelai dua, tapi apakan daya tangan tak sampai..(iye lahhh tuu) Ada tak de pun, akak beli selipar untuk anak dare yg sorang nih..sibuk sangat nak beli selipar baru walaupun selipar yg ada masih elok lagi. Tak kesampaian hajat nak meronda2 sepanjang jalan pasar malam, sbb hujan mencurah2 petang tu.




ini lah selipar buah anggur, harganya RM15.00 tak leh nak tawar..fixed price katanyee..


Balik dari Jln TAR kami singgah makan steambot di JOm Periok kat Giant KElana Jaya.
Badan pun letih perut pun keroncong, apa lagi..balun ler buffet yg ada..makan sampai kenyang..jgn risau, akak belanje...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...