Khamis, 9 Jun 2011

PROJEK BUAT ROTI

ASSALAMUALAIKUMM..


Projek nak buat roti nih sebenonya dh lama ada, tapi vitamin 'M' terlebih, makanya tak jugak lah terbuat-buat. Akak dah gi kelas membuat roti tahun lepas, memula balik dari belajo tu berkobar2 nak membuatnya..dik kerana asik bertangguh2 aje terus semangat jadi sejuk beku..Tapi last monday, tetiba datang kerajinan yang terlampau, telah mendorong akak membuat roti yg diidam2kan. Kol 7.30 pagi akak dah start menguli, sesambil nak tunggu doh tu naik..sempat lah sidai baju, menyapu umah sampai ke kaki lima kat luar umah, mop umah, cuci tandas, dan kerja-kerja rumah yang tak abis2 tuu..ari senin tu akak coti..


Bila dah dekat 1 jam, akak pun menjengok ler ke dapur dan selak kain penutup mangkuk doh tadi, wahh kan main gebu doh roti akak. Apa lagi, kerja-kerja menguli dan menumbuk2 doh pun bermula. Hasilnya tidak menghampakan dan sudah plan nak membuatnya lagi weekend ini. Akak buat 2 jenis roti, sosej roll dan bun manis, intinya ikut suka ati kita lah kan nak letak sambal kee..kaya kee..apa2 kee..asal boleh dimakan.


Resepi ni akak ambil dari fotopage Pn Rin Chan (mohon dihalalkan ye)..


Bahan-bahannya:-


300 gm tepung protin tinggi


120 ml susu kotak


60 gm butter


3 sb gula


1st yis Mauripan


1st garam


1st pelembut roti (yg ni akak tambah sendiri)


Cara-caranya:-


Kecuali tepung, semua bahan-bahan di atas dicampurkan bersama susu..kacau dan biarkan dalam 20-30 minit.


Apabila adunan susu sudah mengembang, tuangkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga aduan tepung tidak melekat pada mangkuk.


Tutup doh dengan kain hingga ianya membesar sekali ganda.


Kemudian, boleh lah kita menguli sekali lagi doh dengan menumbuk2nya dan menguli lebih kurang 15 minit. Then doh tadi dicubit dan dicanai dipotong bentuk kon (cone) & gulung dgn sosej tadi. Letak di atas dulang pembakar dan dibiarkan untuk beberapa minit lagi utk doh itu mengembang. Sapu dengan telur dan bakar selama 20-25 minit.














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...