Ahad, 29 Mei 2011

Makan-makan...Lagi

ASSALAMUALAIKUMM..

Rabu lepas teringin lak nak gi makan kat Periok Belanga di Kelana Jaya..kami tiga beradik, Asu (adik bongsu akak) driving, 2nd sister akak, Nor memulakan misi kami selepas maghrib. Tapi tak de rejeki plak nak makan di situ sbb restorannya tutup. Emm..ke mana kite? A'haa..akak pun cadang gi makan kat restoran makanan China Muslim DONG YI SHUN sederet Faris Maju, Jalan SS6/3, Kelana Jaya. Memang dah lama teringin nak singgah di sini tapi tiada kesempatan.

Istimewanya di sini mee yang diorder akan dibuat dengan tangan bukan mee yg kita makan di kedai spt lazimnya ya..pembuat mee tu ada kat depan resoran. Ala-ala mcm kebiasaan restoran yg ada di negara China. Akak order Pan Mee with beef, bentuknya bukan mcm mee panjang2 tapi lebihkurang mcm pasta berbentuk empat segi..rasanya kenyal dan sememangnya mengenyangkan, mau tak denyee..sepinggan tu leh makan 2 orang!!..Asu order nasi goreng cina, Nor order mee sop seafood..mangkuk boleh tahan besaunya..ehehehe..bahan-bahan yg ada kat dalam tu pn nampak meriah. Side dish kami order ayam panggang 1/2 ekor dan dimsum Xian bao with Beef and Soup flling..intinya ada daging lembu kisar berkuah..Minuman pula kami order Chinese tea sejuk untuk akak and hot untuk Nor..

Ank-anak akak datang kemudian dengan ayah mereka..dorang order cam biasa lah nasi goreng cina je. Boleh dikatakan harganya tak lah mahal amat berpatutan. Bilnya RM70 sahaja..murah tak? Kalau u allz nak merasa mee buatan tangan boleh lah datang ke sini. Menunya pelbagai boleh pilih ikut selera.


















Asu berselera sekali..





mee soup seafood



Pan mee with beef




dimsum Xian Bao with Beef and Soup filling







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...