ASSALAMUALAIKUM..
Tahun ini staff event TMW telah diadakan pada 2 - 3 May 2012 di Cherengin Hills Spa & Resort, Janda Baik, Pahang.Tempat peranginan ni betul-betul di puncak bukit daerah Cherengin. Sebelum ini kami juga telah ke Jakarta-Bandung 4 hari 3 malam pada tahun 2010..last year plak kami berada di Hydro Hotel, Batu Feringghi, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam.
Pada tahun 2010, pihak majikan memberi penghargaan kepada semua staf yang telah sama-sama bertungkus lumus bekerja hingga mencapai target yang telah ditetapkan dengan melancung dan bershopping di Jakarta dan Bandung. Memang seronok sesekali dapat melancung dengan kengkawan sekerja apatah lagi ke luar negara beramai-ramai. Seronok dapat shopping sakan mana tak nye..sampai kat sana semua orang dah jadi jutawan..duit yang di bawa pun berjuta-juta bunyinye...kalau kat sini tak meraso den nak bawak duit juta-jutaan..Orang kata 4 hari tu penuh dengan aktiviti jalan2 dan makan2 dan shoppingan2..tak de kisah pasal kerja dah..pendek kata pueh hati dan berbaloi2..
Tapi tahun 2011, kami ke Penang bukan untuk makan hangin lagi dahh...tak de shopping2 or relax2..masa kami dihabiskan dengan aktiviti 'business plan' yang telah disusun oleh pihak majikan. Sebelum pulang ke KL, sempat jugak lah kami di bawa dekat area Komtar untuk lunch nasi kandar dan ke Chowrasta untuk membeli jeruk..dah sinonim kan kalu ke Penang tak sah kalu tak singgah ke sini.
Event yang lepas di Cheringin, tak banyak aktiviti dilakukan sebab masa sehari sangat suntuk dan kami hanya menghadiri 'talk' yang telah diatur pada siang hari dan aktiviti petang telah dibatalkan sebab hujan turun dengan lebatnya. So, kami pun memerap lah dalam bilik hotel melepaskan ngantuk sbb kami naik bas dari KL jam 7.30 pagi, maknanya kene lah bersiap dari rumah seawal jam 4.40 pagi. keluar rumah jam 6 kerana kami diminta untuk berada di tempat yang telah ditetapkan pada jam 6.30. Acara yang dinanti2kan adalah acara makan malam bertemakan Arabian Night...so ramai lah Ali Baba dan Marjina pada malam tersebut..Setiap unit diwajibkan membuat persembahan memasing di samping acara cabutan bertuah dan acara kemuncaknya adalah anugerah tahunan diberikan kepada kakitangan cemerlang yang telah dipilih untuk mewakili unit masing-masing. Alhamdulilah akak telah menerimanya buat kali ke 2, tahun lepas di Penang akak terimanya buat kali pertama. Terasa segala penat lelah dan usaha berbaloi dan diiktiraf oleh rakan-rakan sekerja yang telah memberi banyak dorongan dan kerjasama..Terima kasih daun keladi kepada semua staf WSM..lurve uollzz!!
Pemandangan di Lebuhraya menuju ke Janda Baik/Gting Highlands, berkabus dan sejuk mata memandang
Jalan bersimpang siur yang agak sempit menuju ke Janda Baik
Pemandangan kawasan perumahan di Janda Baik yang boleh dilihat sepanjang jalan.
Bangunan sekolah di perkampungan Bukit Cherengin, suasana di kampung ini aman damai dan tenang je..
bersama rakan sepejabat ya habibi..dari kiri Amin, Syami,.Liza dan Ravin
kengkawan yang mewakili WSM dalam persembahan Seribu Satu Malam..memang terbaik..tahniah..
Anugerah yang akak dapat pada malam itu, last year pun dapat gak..terimakasih kepada kengkawan yang support dan memberi kepercayaan kepada akak selama ini. Jasa kalian akan dikenang jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan