Ahad, 6 Mei 2012

MESIN JAHIT KU..

Assalamualaikummmmm..

ihsan google






Nak citer pasal mesin jahit yang akak beli kira2 12 tahun lepas. Huh..diam tak diam dah 12 tahun rupenya mesin jahit akak nih. Akak pun tak tau kenapa tetiba akak beli mesin jahit. Nak kata pandai menjahit, tak jugak..nak kata tak reti, tak jugak..lebihkurang boleh lah menjahit. Walaupun masa sekolah dulu amik Sains Rumahtangga (SRT), bab kelas menjahit jer, akak tak berapa nak gemar..bosan gilee..nak tak nak terpaksa lah menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu. Menjahit pun tak sepenuh jiwa raga, maka hasilnya pun tak semengah lah kan. Orang kata, asal siap udah lee…jangan tidak. Tu yang pelik sebenornya, naper tetiba boleh lak terbeli sebuah mesin jahit. I also don’t know lah. 

Agaknya masa akak nengok budak sales girl tu mendemokan cara-cara untuk menjahit sebuah bag, cam senang jer nak jahit. Akak pun teruja nak memilikinya. Selain dari jahit bag dan jahitan biasa nih, ianya juga boleh jahit macam2. Pada pelanggan yang dah purchased mesin nih, dapat lah belajar menjahit sulam tampal bermacam2 corak untuk menjana pendapatan sampingan secara percuma..katanyeee..tapi akak tak pernah lah join kelas menjahit itu sebab tak de orang nak layan nak hantar dan amik dari kelas..hemm.. Tapi, jangan tak tau paling2 terer pun, akak pernah lah jahit kain batik yang dibeli tanpa berjahit semata2 sebab akak sendiri nak menjahitnya. Dan akak pernah tolong kawan akak menjahit kain batiknya jugak. Sebab masa tu kawan akak nih tengah mengandungkan anaknya yang no. 2, dak Amin. conversationnye spt ini.. 



Kak ti: nurul..nurul akak ingat nak jahit bag lah bagi kat korang sorang satu buat kenang2an. 

Nurul: iyer ke kak ti? Bior betul….. (dengan muka tak percayanya) 

Kak ti: iyer lee, ishh kome nih cam tak caya plak ngan aku 

Nurul: haa..caya, caya..apa kata sebelum kak ti mulakan projek buat bag, tlg jahitkan kain batik,   Nurul nak guna masa dalam pantang nanti, ada 3 helai jer, boleh tak?


Kak ti: emmm..10 helai pun boleh, tak de masalah..


Selepas beberapa bulan Nurul bersalin, projek buat bag masih tak nampak bayang. Dan..dak Amin pun dah nak amik UPSR hujung tahun ini..hik..hik..hik.. 

Nih citer pasal conversation dengan kawan akak sorang lagi si Fadzilah.. 

Kak ti: Lah..mesin akak tu akak ingat nak anta service lah, dah lama sangat tak guna.. 

Fadzilah: ishh kak ti ni, masuk ni dah 7 tahun aku dengo ko nak antar gi service, takk jugak antarnye punn...

Kak ti: oOooo..iye ke..ha ha ha (gelak ala2 shin chan) 

Last week akak ke Giant Kota Damansara, singgah ler kat kedai Singer di situ, akak tanya kat tuan kedai boleh tak akak hantar mesin jahit untuk service, walaupun bukan jenama Singer, dia kata boleh, caj RM45 sahaja. Ok lah tu, tak de lah membebankan. Insya’Allah petang nanti masuk ‘wad’ lah mesin jahit akak nih. Harap2 selepas diservice, dapat lah disambung projek yang dah lama terbengkalai..hik hik hik….










Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...