Assalamualaikumm..
Hari ini dah masuk 14 hari dalam bulan Syawal..kejap jer ekk..dan semalam kita rakyat Malaysia telah meraikan hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55. Meriah lah nampaknya perayaan tahun ini. Semoga negara kita ini sentiasa aman dan makmur ..Aminnnn..
Sepanjang puasa dan awal Syawal tak dapat nak update blog, bz sesangat (iye ke??)..sebenonye rasa malas je nak ngadap pc..
Sambutan raya tahun ini sederhana sahaja..tak de lah nak beriya2 membuat persiapan. Seperti tahun-tahun lepas jugak, akak akan memasak rendang dan kuah lodeh kat rumah mak akak di KJ. Setiap pagi raya kami akan berkumpul di KJ, bermaaf-maafan dan makan sama-sama. Adik akak Alin beraya di sini dan pada 3 hari sebelum raya dia dah sampai, nak berpuasa dan berbuka dengan famili katanya. Dia menetap di Kuching sejak berkahwin dengan orang sana. Selasa lepas 28.08.12 dia sudah pun pulang ke Kuching semula. Rindu bangat dengan kamu!..uhuhuhu...
kain langsir yang dah setahun tergantung..sudah sampai masa nak cuci dan simpan..
kain langsir lain plak nak digantung...dan kene ler tunggu setahun baru nak basuh..eheheh
kuih muih yang simple dan peanut candy untuk tetamu
biskut snowy chocolate, kuih makmur dan tart nenas
biskut mazola yang sempat dibuat sendiri
biskut mazola, belum raya dah abis dimakan oleh anak-anak
rendang campur (daging dan paru) sedang mendidih dalam kuali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan