Ahad, 29 Julai 2012

KERJA-KERJA MEMBERSIHKAN DAPUR

Assalamualaikumm..

Pejam celik pejam celik kita dah pun 9 hari berpuasa. Kejap jer rasanye ekk..dah nak masuk minggu kedua bulan Ramadan. Cuaca pun memang baik dan selesa menjalani ibadah berpuasa, alhamdulilah terima kasih ALLAH, begitu juga ngan anak-anak tak de komplen. Rutin bulan puasa ni kene bangun 1 jam lebih awal dari hari biasa untuk menyediakan juadah bersahur, bangun jam 4 pagi untuk memasak lauk yang simple2 sahaja, Pagi tadi akak masak sambal ikan selar kuning dan taugeh goreng, cukup lah tu untuk mengalas perut sehingga waktu berbuka. Plan nak buat unbaked cheese cake dan Sardin Puff serta mee goreng untuk berbuka petang nanti. Kejap lagi nak keluar mencari bahan-bahan memasak. Kat umah akak ni ada Carrefour dan Giant, dalam 5 minit berkereta aje dah sampai. Pastu nak ke kedai menjual bahan buat biskut dan kek, opismate kirim barang untuk membuat kuih raya dan akak pun nak jugak membeli bahan buat biskut sejenis dua untuk raya tahun ini. Kiranye 1st time lah nak bake kuih raya sendiri, dah bertahun2 tak buat kuih raya, order jer senang kan. Tapi kuih yang tak reti nak buat tu akak dah pun order sebelum puasa aritu. Tahun ni tak banyak kuih yang dibeli, cukup ala kadar aje.

Oleh kerana dapur tidak digunakan di waktu siang hari, akak dibantu anak dare telah membasuh dapur, akceli projek basuh dapur ni kita lakukan pada hari pertama berpuasa last week. Akak lebih suka membasuh lantai dan menyental dengan penyapu lidi, terasa dapur lebih bersih dan segar. Kalu takat mop aje  rasa cam mandi tak bersabun aje kan..kan..Selalunya akak akan membasuh sensorang je..tapi kali ni akak ajak anak dare yang sorang ni bantu...seronok plak katanya dapat mengambil bahagian gitu...Sib baik lah dapur akak cinonet je..senang nak cuci tapi kecik2 pun sakit jugak ler pinggang menyental dengan penyapu lidi. 





















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...