Sabtu, 14 Julai 2012

SOP AYAM

Assalamualaikumm..

Tiap-tiap hujung minggu menu utama adalah ayam, so lunch ini kita masak lah sop ayam. Agak lama jugak tak masak sop. Kalu akak masak sop ayam, akak suka campurkan sayur-sayuran sekali dalam tu..senang citer..sbb tak payah nak masak lauk lain lagi dah..jimat masa dan tenaga..hikhik.

Lebih sedap kita campurkan kentang, lobak merah dan batang celeri..akak gunakan serbuk sop dibeli dari office mate. Serbok sop ni memang sedap, semua rempah ratus dah siap ada dlm tu so kita tak payah nak tumis kayu manis dan bunga lawang dan dah tak payah guna sop bonjot.Anak2 makan bertambah2, sedap sop ayam ni katanyee..

Jom kita tengok resepi yang ringkas sangat-sangat nih..

1 ekor ayam dipotong kecil-kecil (ikut suka u ollz nak potong kecik mana)
4 biji kentang dibelah 4 
2 batang lobak merah yang sederhana besarnya dipotong 1 1/2" dan dibelah dua
2 batang celeri dipotong serong
1 labu bawang sederhana besar dihiris bulat
3 ulas bawang putih dihiris
1 1/2" halia dihiris
3 sudu makan serbok sop
daun sop dan bawang goreng 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih dan halia.
2. Bila dah naik bau, masukkan serbok sop dan kacau sebati.
3. Masukkan kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuangkan air secukupnya.
4. Bila sop dah mendidih, masukkan ayam dan celeri dan garam secukup rasa.
    Biarkan sehingga ayam masak.

Sop sedia dihidangkan dengan taburan daun sop dan bawang goreng. 
























Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...