Ahad, 15 Julai 2012

BALIK KAMPUNG PART II

Assalamualaikumm..

Citer balik kampung pun ada sambungan lah pulak..part 1 aritu dah bagitaukan kami ke Melaka tak dapat book memana hotel sbb semua fully booked katanyee..kita pun main redah aje kan..tapi sebab dah memang ada rezeki jugak bermalam di sana, masa nak balik arah ke highway (dah giveup kekdahnyee, kengkonon nak terus balik KL), tetiba akak ternampak Hang Tuah Heritage Hotel, kat area Melaka Raya tak jauh dari hospital Mahkota ke hapa ntah namanyee..so akak pun soh bapak bebudak ni gi tanye kat front desk kot2 ada bilik yang masih ada. Alhamdulilah ada 2 bilik aje yang tinggal, akak amik 1 bilik dan ada Indian famili dapat lah satu bilik. Lepas daftar kami pun menuju ke bilik di tingkat 3 no 17, paling hujung sekali. Excited lah kan nak masuk bilik, mana taknye sehari suntuk berjalan, badan pun dah letih dan melekit2, bukak aje pintu anak-anak beri salam. Lega lah jugak nengok biliknye yang besar dan selesa. Kita pun apa lagi, jadi inspector lah, check sana check sini, ada peti ais kecik, anak2 pun punggah lah barang2 apa patut diisi dalam peti sejuk. 

Akak pun melangkah ke bilik air, memang besar, ada bath tab lagi. Tapi tak ada towel mandi, akak pun call minta dorang hantarkan towel, dekat 2 jam baru towel sampai, sib baik lah bawak towel dari rumah. Akak tak tunggu dorang hantar towel. Dari jauh punya lah cantik bath tab nye..bila akak masuk nak mandi, baru lah tahu bath tab tak sebersih mana, cam dah lama tak diservice.Tandas duduknya pulak air tak berhenti keluar dan flushnya tak berfungsi. Penyangkut tuala plak senget sbb skrunye dah tercabut  tak dibetulkan.Satu lagi, aras lantai bilik air sama je ngan aras lantai kat luar bilik air, melimpah lah air keluar, pulak tu tak de tuala kesat kaki disediakan. Memang lah tak puas hati, bila memikirkan bilik ni sahaja yang ada, terpaksa lah dok dendiam kan...kalu tidak, akak minta pindah ke bilik lain. Bukan murah yee..RM250 semalam, kira mahal lah jugak kalu nak dibandingkan dengan apa yang kita dapat, rasa tak berbaloi.

Yang bestnye akak nak citer, selepas kami balik dari dinner kat Ujung Pasir, kami anak beranak melepak lah ateh katil sambil menonton tv. Tilamnye tak sekata, tapi tak kisah lee..janji leh tidur. Aircondnya memang tak leh nak adjust, tapi ok lah tak panas dan tak terlalu sejuk..sedang2 saje. Dari kami balik ke bilik lebihkurang jam 10 sampai jam 12.30 keadaan ok je..tapi dalam lebihkurang jam 1.30 tetiba black out, tekezut akak..terus call reception, dorang kata ada masalah kat tingkat 3, sebab tu dorang off kan sekejap letrik, tunggu dekat 1/2 jam jugak baru ada letrik balik, akak pun rasa lega sket dan sambung tidur. Ehhh...dalam lena tak lena tu, lagi sekali black out, call reception lagi, tunggu dekat 20 minit ada balik letrik, akak sambung tidur yang tak leh nak tidur dahh...dalam mamai2 tu sekali lagi letrik tak de...wahhh  nak mencabar kesabaran dah ni, sekali lagi call reception, tunggu lagi lebih 20 minit, ada balik letrik..begitu ler seterusnya berlaku, tak kurang 7 kali letrik terputus. Tapi yang peliknya lepas subuh tu elok je letrik tak putus lagi dah..ehehehe...mula lah memacam akak dok pk..tapi maleh nak layan sebab masa memula masuk bilik tak de rasa apa2 perasaan pelik..

Akak tak rekoman ler hotel ni, sebelum tu akak ada lah jugak saje-saje cuba nsib ke Mahkota Hotel & Resort tapi memang tak de bilik/apartment kosong. Akak memang suka dok situ, sebab makannye pun sedap dan yang penting ada swimming pool untuk anak2. Bayar lebih sket pun tak kisah janji puas hati.

Jam 8 pagi kami turun ke cafe untuk bersarapan, hidangannye pun simple aje nampaknye. Masa check-in dapat 2 kupon untuk sarapan, anak2 dikenekan bayaran RM10/sorang. Menuya nasi goreng, kuetiaw goreng, bubur nasi, sosej, red beans, telur setengah masak, telur dadar, bijirin, aneka jenis roti, buah-buahan dan minuman panas and sejuk.

Akak harap pihak pengurusan hotel Hang Tuah akan meningkatkan lagi mutu service dan keadaan bilik mereka kalu dah charge tinggi2 gitu untuk kepuasan pengunjung tak kira lah dari dalam atau luar negeri. Kawan akak orang Melaka bagitau, hotel ni pun baru aje berpindah milik tu yang keadaannya tak semengah.

Kol 10 kami check-out sebab nak berjalan-jalan lagi sebelum balik ke KL. Selepas puas amik gambo sana sini, walaupun ada tempat2 yg tak sempat nak pegi sebab orang ramai dan traffic jam, kami pun mula meniggalkan bandar Melaka ikut laluan ke Alor Gajah, sebab nak singgah kat pekan dan pasar AG, kat situ ada jual rojak cucur udang yang femes. Setiap kali akak ke Melaka, sure tak lupa nak singgah ke sini. Cucur udang dihidangkan dengan bermacam-macam bahan lain, ikut suka pilihan kita. Ada ayam goreng, puyuh goreng, tauhu dan tempe goreng, fish cake dan ada lagi yang akak tak ingat. Boleh dibawa pulang kalu ndak dan ada dijual sos cilinya sekali.  Lain kali kalu ke Melaka lagi, akak nak try coconut shake plak di Klebang..sbb aritu lalu kat situ, tak jadi singgah sebab Q punya lah panjanggggggggggg....maleh nak tunggu lelama.


singgah lunch di restoran asam pedas kat Melaka Raya,


kepala ikan masak asam pedas




Pantai Tanjung Puteri (Tanjung Kling)



Masjid di Tanjung Puteri


Di sini lah makam Hang Tuah disemadikan, di Tanjung Puteri. 


Pemandangan Bandar Melaka 


Menara Taming Sari


Hotel Hang Tuah Heritage, Melaka Raya














Dari tingkap bilik hotel

\
pemandangan senja dari luar tingkap hotel


Dinner di restoran Ujung Pasir, ada satay dan nasi lemak yang femes. Malam tu gerai mee hailam tutup.


Satay tulang juga ada dijual di sini.


Menu sarapan pagi di hotel







Lobi Hotel, ada disediakan set catur dan model basikal


Singgah di pasar Alor Gajah, kita makan rojak cucur udang


Rojak cucur udang yang sedap


Anak-anak makan nasi ayam
















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...