Ahad, 6 Mei 2012

DRAMA AKASIA: SEINDAH SAKURA

ASSALAMUALAIKUMMM







Novel SEINDAH SAKURA ini adalah hasil nukilan Liza Zahira. Penulis ini jugak adalah adik ipar akak bernama Liza Ali , berkahwin dengan adik lelaki akak yang no. 3, Zulkifly Mohamad kira-kira 16 tahun lalu dan telah dikurniakan seorang puteri yg bernama Puteri Liza Zahira. Dia juga adalah editor majalah PA & MA terbitan Karangkraf. Mulai esok kita akan dihidangkan dengan drama bersiri ini dalam slot Akasia mulai jam 7.00 malam Isni-Khamis. jom kita baca serba ringkas sipnosis novel tersebut.


Sinopsis:- 


SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...






















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...