Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010





emMm...tepat jam 11.59 malam ini tahun 2009 akan melabuhkan tirainya..akan tersingkap lah tahun baru masehi 2010..segala azam yg telah dibuat pada tahun2 sebelumnya akan tertunai jua pada tahun baru ini..insyaallah..(sebenarnya nak berazam tak yah tunggu tahun baru kann..) semoga apa jua cita2 dan impian anda akan diperkenankan oleh NYA..aminnn...


JANGAN...




Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Sabtu, 19 Disember 2009

Sesi MenonTon Wayang



On Isabella "Bella" Swan's 18th birthday, Edward Cullen, the vampire she loves, and his family throw her a birthday party. While unwrapping a gift, she gets a paper cut, which causes Edward's adopted brother, Jasper, to be overwhelmed by her blood's scent and attempt to kill Bella. To protect her, Edward decides to end their relationship, and the Cullens move away from Forks. This leaves Bella heart-broken and depressed.

In the months that follow, Bella learns that thrill-seeking activities, such as motorcycle riding, allow her to "hear" Edward's voice in her head. She also seeks comfort in her deepening friendship with Jacob Black, a cheerful companion who eases her pain over losing Edward. Bella later discovers that Jacob and other tribe members are shape-shifters who assumes gigantic wolf forms. Jacob and his pack protect Bella from the vampire Laurent and also Victoria, who seeks revenge for her dead mate, James, whom the Cullens killed in Twilight.

Meanwhile, a series of miscommunications leads Edward to believe that Bella has killed herself. Distraught over her supposed suicide, Edward flees to Italy to provoke the Volturi, vampire royalty who are capable of killing him. Alice and Bella rush to Italy to save Edward, arriving just in time to stop him. Before leaving Italy, the Volturi tell Edward that Bella, a human who knows that vampires exist, must either be killed or transformed into a vampire. When they return to Forks, Edward tells Bella that he has always loved her and only left Forks to protect her. She forgives him, and the Cullens vote in favor of Bella being transformed into a vampire, to Edward's dismay. However, Edward gives Bella a choice: either she lets Carlisle change her after her graduation, or, if Bella agrees to marry him, he will change her himself.

credit to: wiki

Akak tk sempat nak ngk movie Twilight..petang nih kalu tak de apa2 nk gi sewa cd kat VideO EZY..

Malam tadi gi ngk movie nih kat OU..my sis lah yg ajak..akak pun dh lama tak ngk wayang..dh tak ingat wayang apa yg last akak tonton..budak2 pun teruja aje nak pegi..so kita pun siap2..sis & mr hubby dia dtg jemput kat umah..malam sebelum tu anak2 dia the two bodyguards overnite kat umah..

Citer cam ni mmg feveret remaja..maklum ler herO hantunye hensem & cool ajek..dak YAh ngan Shahida dh tgk ngan mak2 dorang..kan main lagi tak mengajak2..yang tak tahan tu, my sis tangkap lelehhh lagik..hikhikhikk..menjiwai betul dia citer nih..hubby dia & the two bodyguards cakap boring..tak de hujung pangkal tetiba dah abisss..ehehehhe...



Khamis, 17 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Besok 18 Disember 2009 kita akan menyambut Tahun Baru Kalendar Islam. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431 kepada kengkawan yg sudi menjengok blog yg tak seberapa ini. Boleh lah kita amalkan doa2 spt yg saya lampirkan ini untuk kesejahteraan bersama...AMINNNNN


Doa penutup tahun Hijriyah,

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Ashar atau sebelum masuk waktu Maghrib (Hari Ini).

Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan berkata " kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku saat itu juga. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dasanya setahun".



Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun Hijriyah,

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali sesudah maghrib pada malam satu Muharram.

Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan berkata " Telah amanlah anak Adam ini dari godaan pada tahun ini karena Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".



Artinya:

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Isnin, 7 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Semalam 6 Dis 2009 selamatlah majlis kenduri kawen sepupu akak Nor Hafizoh Mohd Amin dgn pasangannya Adam Manjit Abdullah..yg sebenornya dorang dah nikah bulan Jun lepas..Semoga berbahagia melayari bahtera rumahtangga hingga ke akhirnya..aminn

Selasa, 1 Disember 2009

Cuti SEKolah dan Virus Sakit mata

HAri Raya Aidil Adha telah pun berlalu...malam raye tu anak dare akak dh kene jangkitan sakit mata dari sepupu2nya yg lain..memula kene sakit nih dak Aiman..lepas tu berjangkit plak kat akak dia Shahida..peh tu kat Saiful plak..

Ikah kene sebelah malam..nasib tak berapa baik sbb sumer klinik tutup sbb Raya Haji..so terpaksa lah tunggu next morning. Lepas makan ubat and mAsuk hari ketiga dah nampak kurang merah kat mata dia..kira cepat jugak lah sembuh..dlm sakit2 mata tu pun sempat jugak menyakat abang dia..asik mengejar si abang mcm Zombi Kg Pisang plakk..ehehehhe..pueh lah abg dia memekik terlolong lari selamatkan diri..

Petang ahad tu mata sebelah kanan akak rasa tak selesa..gatal2. Dlm hati dah berkata2sah ler aku berjangkit ni..siabang yg dikejar2 bagai nak rak, tak kene..akak pulak yg terkena..uWAHHHHhhhhhhhhhhhh.....klinik panel tak bukak arini..so akak mintak hubby belikan eyedrops kat farmasi..Info:ubat sakit mata tak boleh share2 tau..

beriya2 lah akak menitiskan ubat kat mate dgn harapan sakit tak merebak dan cepat baik..huhuhuhuhuuuuu...alangkah kiceWanya..next morning mata sebelah kanan dah semakin teruk..bengkak sampai tak leh nak bukak mate..dh rupa mata sesumpah plak..kihkihkih...seriuss...teruk sgtttttt....and dh berjangkit mata sebelah kiri..dgn tidak membuang masa lagi akak pun pergi ke klinik dlm kol 8 pagi gitu..sib baik klinik panel kat area umah akak bukak seawal jam 8...memandangkan skg ni musin coti sekolah, ada ler 2 adik beradik kat klinik yg nak berkhatan..so akak kene ler tunggu nearly 20 minutes..adoiii...

doktor pun tergelak menengokkan keadaan mata akak yg bengkak ini..cam tu pun ada ekk...ehehehh..dapat ler MC 3 hari dan dibekalkan dgn ubat2an lain..ubat kurangkan gatal/bengkak n ubat demam...mmg rasa badan lain macam..nak demam..rasa seriau2 gitu..

Lama dh tak kene sakit mata nih..seingat2 akak zaman sekolah2 dulu pnh kene..ingatkan dah tua2 ni tak de ler nak menempuh sakit mata..sekali kena..haaa hamik ko..sampai bengkak2 cam kene tumbuk..

So far abang menten aje tak kene..pada hal, masa sepupu2 dia kene..dia lah yg menjadi sasaran utk dijangkiti..sengaja dorang nak dia yg kena..sampai saat ini abg masih sihat..eheheh...


SELAMAT HARI JADI SITI ZULAIKHA..


Happy Birthday Cake

Click Here For Images &
Happy Birthday Cake Pictures




hari ini 01 Disember 2009 genap lah umur anak dare akak 8 tahun..pejam celik pejam celik dahhh 8 tahun...cepatnya masa berlalu..semoga anak ibu menjadi anak yg solehah..mentaati kedua ibubapa..dimurahkan rezeki dan diberkati umur mu dan jugak menjadi seorang yg berguna pada agama, bangsa dan negara..aminnn


Ahad, 15 November 2009

BERITA SEDIH - AL-FATIHAH




Beberapa hari yang lepas akak dpt email dari Hazlinda kawan akak di Ipoh, dia bagitau salah sorang kawan kami yg penah bekerja sama2 dulu telah pun meninggal dunia. Agak terkejut jugak mendapat berita tersebut, tapi ALLAH lebih menyayangi arwah Mohd Dhiauddin semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama org2 yg beriman..Dan tak lupa juga takziah kepada famili Nurul Ain di Ipoh (kawan baik akak) yg jugak telah kehilangan adik lelakinya yang tersayang akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini..SEmoga tabah menghadapi dugaan dari NYA..aminn


Sabtu, 14 November 2009

ANGKLUNG



Angklung is a musical instrument made out of two bamboo tubes attached to a bamboo frame. The tubes are carved so that they have a resonant pitch when struck. The two tubes are tuned to octaves. The base of the frame is held with one hand while the other hand shakes the instrument rapidly from side to side. This causes a rapidly repeating note to sound. Thus each of three or more angklung performers in an ensemble will play just one note and together complete melodies are produced. Angklung is popular throughout Southeast Asia, but originated from Indonesia (used and played by the Sundanese since the ancient times).

inFo dari wikipedia

Pagi tadi akak nonton tv1 dlm rancagan HMM, dlm segmen hiburan kot..ada 2 org adik beradik dok main angklung...tingat lak masa akak sekolah rendah dulu pnh main angklung nih..masa tu akak dlm darjah 5 & 6..Masa dulu2 sekolah akak tak de pancaragam sekolah, kiranya masa tu group angklung baru aje ditubuhkan di sekolah akak and akak pun mendaftar lah untuk menjadi salah sorang pemain angklung sekolah (kira dah gah sgt lah tuu)..tiap2 petang lepas kelas, kami akan berlatih memain angklung di bawah tunjuk ajar Cikgu SAadah (tak ingat ler nama cikgu aku..lebihkurang camtu lah bunyi nama dia)..mana nk ingat dh lama bebenO tinggalkan sekolah rendah (SJK Pasar 1), Kuala Lumpur, sekolah ni tak jauh dari bulatan Kg PAndan..ehhh tetiba lak ghindu zaman budak2...uuhuhuhuuuuu...

OK berbalik pada angklung tadi..kami kerap berlatih kalu dh nak dekat sukan tahunan sekolah...sbb masa tu ler kumpulan angklung akan membuat persembahan kepada para penonton yg hadir...wahhHh..rasa megah masa tuu..wpun tak penah masuk acara sukan kann...dpt main angklung pun jadii lahh dikk dari tak deee...selain tu ada gak lah acara tari menari ni..kalu nak tau..group yg menari2 nih girls yg fofular aje kat sekolah..yg ala2 perasan cantik & gediks...ehehehehehhe...opsss...lari dari tajuk daaa..Mmg seronok main angklung ni..apa lagi kita dpt belajar membaca nota muzik (skg nih hapa tak hingat)..lagu2 yg akak ingat lah kan masa tu kitaorg selalu berlatih lagu2 lama..cam lagu Di Tanjung KAtong, BAngawansolo, Tanjung Puteri & byk lagi tapi akak dah tak leh nak ingat tajuk lagu2 dan kebanyakkan lagu2 dari Indon maklumlah kan instrumentnye pun asal2 pun dari sana..for sure lagu2 yg korang tak penah dengau ler skg ni...apa tak nye akak sekolah rendah dulu tahun or zaman Retro kaedahnya...muahahahhaaaa....akak tak berapa ingat ada berapa jenis angklung kesemuanya..mungkin dlm 21 kot..sbb setiap 1 note ada 3 bunyi..kira lah dari do re mi fa so la ti..akak pegang note DO yg no 2...sori lah kalu tersilap yekk..dh lama sgt tak berapa nak ingat..Cara memegang angklung ni pun nak kene betul, guna tangan kiri tau..batang buluh yg tengah hendaklah dicelahkan antara jari telunjuk dgn jari tengah (tapak tangan mengadap ke atas, ini untuk memudahkan angklung tersebut digoyangkan (tangan kanan memegang hujung buluh sebelah bawah).

Seperti kumpulan pancaragam sekolah, kami pun ada jugak pakaian seragam..seingat akak lah masa akak darjah 5 baju seragamnye skirt batik, kemeja putih (kemeja sekolah lee) ngan boH batik...budak lelaki pakai seragam sekolah biasa..cuma tambah boh batik tu aje...masa dlm tahun 6, uniformnya skirt payung kain petak2 biru & putih ngan riben yg sama ngan skirt..masa tuuu perasan lawa sesangat dahh..eksen lah sket ngan kengkawan yg tak join..hikhikhik

Kalu diadakan semula muzik angklung ni di sekolah2 pun elok juga..sekurang2nya mereka tau dan kenal dgn alat muzik tradisi yg boleh dikatakan antik ini.Tidak lah dorang ni terdedah dgn alat muzik yg moden aje...atleast boleh disatukan dlm mana2 pancaragam sekolah yg sediaada..jangan lah nanti alat angklung ini akan hanya dapat dilihat dlm muzium oleh anak2 dan cucu cicit kita besok..


Sabtu, 17 Oktober 2009

Raya lagi ke?


(aLiN & syUkOR)





(aNA & miOR)




(gambo famili di hari raya tahun bila nih ekkk...tak hingat...agak2 mau 4-5 tahun lepas nih)

wahhhh dh bersawang2 umah akak nih..maklum ler kan...raya sakan..open haus sana sini..selagi tak abis bulan Syawal selagi tu ler asik makan free aje weekend..kejap lagi nak ke umah mak uda kat SEntul ada kenduri tahlil arwah (takut jam ler area Sentul..kan deepavali arini ehehhehe) eh arini dah 27 Syawal ekk..kejap dah penghujung bulan..smlm petang company akak lak wat open house besar2an kat depan Menaranye tuuu....tapi akak perasan tahun ni tak berapa ramai org yg datang sbb senang aje nak gi amik makanan...beratur pn tak lah panjang cam tahun lepas...lagi satu tak de acara nyanyian2...yg ada games utk tetamu..saper dapat cepat dapat lah hadiahnye..wahh wahh..kak siti aku sorang nih (opismate akak) dh tahun ke 2 berturut2dapat johan menganyam ketupat...tahun lepas dia menang gak...smlm dpt lagi hadiah dari FBI & Fafau (pengacara tetap company akak nih)..sbb tu ler asal nak raya aje kitaorg kat opis tu soh dia aje nganyam ketupat reben utk hiasan di pejabat kami..meriahHHhh....

akak tak de buat open2 hauss nih...sesaper nak datang pintu umah sentiasa terbukaan gitu...tapi tahun ni rasa seronok lah pulak sbb ramai gak tetamu yg sudi mampir ke rumah..karim n famili (adik ipau) bawak mak pak mertua dia sekali beraya..kira selain dari mak..dorang ler org2 tua yg penah dtg kat umh..uhuhuhuhuhuuu...raya ke 4 mak lang n anak2 n cucu2 dia pun 1st time dtg beraya..akceli dorang nak gi umah mak..tapi mlm tu mak n adik2 lain beraya kat umah akak..so dorang pun bersusah payah lah dtg ke umah akak..w/pun tak penah sampai ke kota damansara ni tapi dorang managed jumpa lah teratak akak yg tak seberapa nih kann...havoc ler mlm tu..riuh rendah sekejap..ehhehe...sempat lah akak gorengkan kuehteow sampai cucu2 dia makan bertambah2 sampai tak cukup..sedapppp sgt ler tuu ekkkk.....sebetulnya famili akak dtg pun tak de lah nak masak2 apa..just masak nasi, ayam paprik, telor dadau & goreng ikan siakap n ikan masin ajekk...sbb tak plan nak masak spesel2 pun..kira apa yg ada tu pun dah sedap ekk..

mmg akak plan jugak nak masak untuk dorang...tapi biau ler lepas2 org sumer dah tak buat umah terbukak lagi...cuma adik akak si aLin aje yg tak dpt bersama2 sbb dia dah pun berhijrah ke Kuching mengikut sOmi tercintanya di sana..sedey tu mmg ler sedeyy kan sbb dari kecik sampai ketua nih tak penah berpisah or berenggang...dh jodoh dia ngan org jauh...akak doakan dia bahagia dan sentiasa gumbira bersama2 sominye dan hidup bermuafakat dan aman damai..paling sedeh sure lah mak u abah akak..mana taknya selama ni dia yg dok serumah, mengalas tanggungjawab menjaga keperluan org tua, pepagi sebelum gi kerja dia & akak dia sorang lagi, Ana yg menguruskan abah, mandikan..siapkan makan n minum sbb abah kami kena strok 8 tahun lepas n tak leh bergerak sendiri..dok ateh wheel chair aje..Ana lepas berkahwin dah pindah ke Puchong, tapi kerap singgah umah mak lepas waktu keje..lagi pun anak2 akak yg 2 org tu bersekolah di KJ so ada lah teman atok n nenek kat umah, akak mmg tiap2 ari lepas keje singgah n menumpang kat situ...sementara nunggu sOmi akak dtg amik kitaorg balik. kiranye kami ni berulang alik lah dari umah akak di KD ke KJ..dh 12 tahun gitu ler rutin idup...adehhhh....letih wOKk...


Jumaat, 25 September 2009

Al-FAtihaH..Pak TEh Ahmad bin Bidin




Akak baru dpt tahu pak teh meninggal semalam...pagi tadi sebelum ke pejabat akak antar anak no 2 ke rumah mak di KJ..mak bagitau pak teh dh ninggal..tak de saper pun sms bagitau..kali terakhir aku jumpa pak teh masa kenduri kawen adik akak bulan Mei yg lepas..mmg dia tak sihat sejak 2-3 tahun ni..masalah hati...tak sangka pulak dia dh pegi..mak mmg nak ikut adik2 dia yg lain ke Penang, tapi van dh penuh..mungkin dia rasa terkilan sbb tak dpt beraya dgn adik dia tahun ni..semoga roh pak teh dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama org2 yg beriman...aminnn....


Selasa, 15 September 2009

SELaMAt HAri RAyA AidiL FiTRi




baru ni rasa nak update bloG...kemalasannnnnn yg melandaa!!!!

ramadhan akan berakhir tak berapa hari lagi, sedih lah pulak rasanyaaa...syawal pulak menjelma...persiapan akak tahun ni ala kadar aje...baju raye pun tak beli lagi..uhuhuhuhuuuu...sememangnya untuk anak2 lah yg diutamakan..mereka yg meriahnya nak beraya...zaman kita dah berlalu (alahai cepatnya pejam celik pejam celik dahh tua) eheheh...

akak mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahase, terguris hati dan perasaan selama ini, kot2 ada termakan terminum mohon dihalalkan..diharapkan u allz sumer bergumbira di hari raya ini bersama famili tercinta..kepada teman2 yg travel balik kampung..berhati2 di jalan raya..jgn terburu2 drive keter tuu..ingatlah orang yang tersayang..

kalu ada yg sudi tu...sila2 lah jemput beraya ke rumah akak...



SALAM AIDIL FITRI





Isnin, 14 September 2009

Epi Besday tO mE





14 Sept 2009 Besday Akak....semOga kehidupan di bumi ALLAh ini diberkati dan dirahmati..dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur yg berkat..amin


Rabu, 2 September 2009

KisaH TeLADaN - MeNikAH KeraNA buAH EpAL



Seorang lelaki yang sholeh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan
di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh
keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum
itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di
hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang
dipungut dan dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru
setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan
dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui
pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di
kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia
berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap
anda menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun
ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya".

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya?
Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan
ini." Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi
kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam".

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu.
Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi
menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak
halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w.
sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya
tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia
langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu,
Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai
tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel
tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan
menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu
dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali
dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana
takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat
itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu,
maka dia berkata, "Apakah karena hanya aku makan setengah buah apelmu
yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?"

Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia
malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus
tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta,
bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir
dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting
sebagai isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan
kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat
itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !"

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima
pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan
transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi
kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap
Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan
kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua
saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan
selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit
hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan
salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah
yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka
iapun mengucapkan salam,

"Assalamu"alaikum..."
Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi
jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk
hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut
tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut karena wanita yang kini menjadi
isterinya itu menyambut uluran tangannya.

Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia
wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan
baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat
mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan
lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan
mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya.
Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang
bertentangan dengan yang sebenarnya ?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu
mengatakan kepadaku bahwa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian
berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang
diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahwa
engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku
tidak pernah mau mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat
ridha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahwa aku bisu dan lumpuh, bukan?"
Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit
mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya
wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu karena dalam banyak hal aku
hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku
juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke
tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah Ta'ala".

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan
wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang
isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... Subhanallah, dia bagaikan bulan
purnama di malam yang gelap".

Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan
berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang
ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al
Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

Selasa, 1 September 2009

31 OGOS HARI KEMERDEKAAN



selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 52...semoga negara kita sentiasa aman damai dan tenteram..dan dijauhi dari penyakit yg menular skg ini...aminnn..

Ahad, 30 Ogos 2009

EPI BeSDAy ALiN



arini 30 Ogos 2009, besday adik pompuan bongsu akak...selamat hari jadi ALin...semoGA berbahagia bersama sOmi hingga ker akhirnyaa...dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki dan semoga impian menjadi kenyataann..



Ahad, 23 Ogos 2009

PUaSe

(gambar nih akak copy paste dari tenet)

alhamdulilah dah hari ke 2 kita berpuasa...emMm..sahur pagi tadi masak ayam kicap aje..feberet anak2...kalu kite masak masakan kegemaran dorang...baru ler ada dorongan dorang nak bangun bersahurkan...tapi anak2 tak cerewet sangat pasal makan nih...si abang anak akak yg sulung, ada masa dia tak nak makan nasi bersahur..nak makan roti ngan telor kacau ehehheh...senang keje akaQ...cuma anak dare yg sorang ni aje yg nak makan nasi...sahur tadi org lain tak tambah..dia makan sampai 2 x tambah...ehehheh...mudah2an dia bleh tahan berpuasa sampai berbuka...smlm 1st day kann...so dia puasa 1/2 day ajeK...tak pe pelan2 kayuh...anak2 ni tak leh paksa2 sgt kan..ikut kemampuan dorang lah...kalu dah cecah 1o tahun emmMmm.. nak kene belasah ler kalu nak puasa half2 day nihh....

tingat zaman akak kecik2 dulu berpuasa..ehehehhe...ada gak mengelatnyaa tanpa pengetahuan mak & abah...dolu2 mak akak jual askrem malaysia..ada mcm2 perisa..asamboi..kacang hijau..milo..sebatang 10 sen kot tak silap...masa tu kitaorang dok kat kuarters kerajaan Jln Peel..skg dah naik umah flat...kat situ budak2 sebaya ramai..tak kira bangsa..kira muhibbah gitu...so nak jadi cerita..masa puasa tghari tu dah rasa haussssssssss sgttt...so asik bukak peti ais aje kejenyaa...last2 tak tahan godaan...akak pun amik ler sebatang eskrim mesia yg ala2 nak beku tapi tak beku..haaa...kira cam ada cair2 sket lahh..senang nak telankannn....hapa lagi...masuk bilik aYOr lee....bila dah abis tu siap lap2 mulut..tak nak kantoi...peh tu dah pueh hati...dok lepak2 ler cam tak de mende aje berlaku...huhuhuhuuu..tu kenangan zaman akak bebudak lahh...sure u allz pun ada kenangan yg menarik dan manis masa belajO berpuasa dOlu2kann.....

tu sebab skg ni akak pesan kat anak2...jgn bohong2 kalu tak puasa..doseee....rasa2 tak leh tahan cakap aje nak buka...jgn minum sorok2...alhamdulilah so far anak2 akak ok aje..siap pesan saper malas pose tak de baju & duit rayee...bukan nak rasuah..tapi mengalakkan dan mendorong dorang berpuasa...

lagi satu....masa nih lah apa yg anak2 nak makan tak kira lah bersahur ke berbuka kee..akak cuba masakkan..hubby tak kisah sgt apa aje yg dah sedia ateh meja...dia bedaL ajeKk...tak banyak songel sgt hal makan minum nih..janji kenyangg...huahuahuaa...
ok akak mengambil kesempatan ini mengucapkan SElamat menjalani ibadah puasa to allz semoga amalan kita diterima dan diberkati oleh NYA..aminnnn




Selasa, 18 Ogos 2009

HaPPy BirThdaY daK NOR (my sis)


Selamat lah menyambut hari lahir yang ke dot...dot..n dot again....(biarlah rahsia) hari ini ...18/08/09.......semoga impian menjadi kenyataan..(iye ke..) eheheheheh....

RAMADHAN


Ramadhan datang lagi....semoga kita dapat menjalani ibadah berpuasa tahun ini dengan suasana yg aman damai dan mudah2an dikurniakan kesihatan yg baik...aminnn

Ahad, 16 Ogos 2009

SELAMAT DATANG

ASSALAMUALAIKUMMMM....

akceli dah sign up lama dahh..cuma tak berapa nak iya2 berblog...tapi aku suka baca blog org..especially yg ada resepi2 kegemaran aku..tapi setakat ni menengok aje lah..membuatnya tak jugak...ehehehe...

yg sebenOnye tak de idea...tapi aku gagahkan jugak lah 'membina' rumah ku ini sebaik yg mungkin..kalu pun tak sehebat org lain atleast ada lah jugak aku blog sendiri kann..kann...(kang ada pulak yg menjawab "ada aku kisah...")..mak pun tak kisah nyaHHh....haHaHaaHAa...

ok buat permulaan, semlm gi kenduri rumah abg ipar..anak lelaki dia kawen..kira ini menantu yg ketiga kot...org Ampangan NS...semoga berbahagia hingga ke akhir nanti..aminn....

lagi satu..aku tak ada kamera..tu pasal aku malas nak start blog nih..sbb tak de gambO nak attach...henpon akak yg canggih manggih dah kene cilok...beli beribu riban..last2 ntah ler umat mana yg berkenan or tercicir sumwhere..akak pun tak berapa pasti...yg pasti henpon tu dah ilang...wat to do..emmMMm skg ni akak guna henpon yg tak de kamera lahh..sib baik simpan lagi...leh gak guna kann...atleast leh lah make or receive calls or sms...jadi leeee dari tak de langsung....anak2 sedara akak kata henpon zaman batu...huhuhuhuhuhuhuuu...nanti2 lah bila rasa nak beli baru...akak beli lee...

tak de apa yg best sgt nak dicoretkan...so i stop kat sini aje lah...nak gi mencekik...dah kebulur ...

just nak ucapkan thanx to drop by n insyaallah bila ada kesempatan bleh cerita ceriti lagi...assalamualaikumm....adiOss...




Jumaat, 14 Ogos 2009




'PERGI TAK AKAN KEMBALI.LAGI..' semoga rohnya Ustaz Asri dicucuri rahmaT.....aminn..

akceli semalam pagi kak ct, ofis mate i nih dpt call dari hubby dia...bagitau ustaz Asri dah ninggal kat RTM...dorang ni famili frenz...so nangeh ler kakak ct aku bila dapat berita yg mengejutkan itu...

Rabu, 12 Ogos 2009

memandangkan virus yg berbahaya skg nih..mari lah kita amalkan doa ini setiap pagi....semoga kita dan famili dihindari dari penyakit ini..insyaallahh...
بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

[Dengan nama Allah yang dengan namanya, tidaklah memudharatkan segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]
Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim, boleh download di http://intisonline.com/

Isnin, 10 Ogos 2009

Cara nak ubati demam H1N1

emel ni dari ofis mate...bleh dicuba amalkan..insyaallaH...


JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONALEXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB..... My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son wasconfirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he wasbedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad camefm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar.... No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and hiseyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room... Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practicallyfainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to goto the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him toSg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert andmore equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day tosolve the problem. Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in townto "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simpleprescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguhnya...selawat 3x... EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till yourfever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in ShahAlam was ok too after taking this tip.... ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day onMonday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterdayWednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was outof ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today(thursday 6 august)... This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small infocould assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAHanything can happen!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...