Rabu, 26 Oktober 2011

HELLOOO

ASSALAMUALAIKUM..

Lama sungguh tak update blog yg satu ini. Kalau malas tu lah jadinya.Org ada blog, awak pun sibuk nak bukak blog sendiri tapi tak reti2 nak jaga. Kan?...Coti2 camgini memang seronok dok lepak2 santai kat umah. Subuh2 dah siapkan keje umah, breakfast kat kedai mamak, dah kenyang apa lagi ngadap laptop laah..tu yang tetiba nak update blog akak. Lama sangat ditinggalkan tak terbela. Kesempatan ini, akak nak buat ucapan Selamat Deepavali pada opismate akak si Ravindran & familinya di Klang. Sure mak dia boring sbb Ravin ni kuat berleter cam mak nenek ngalahkan mak dia plak..hahaha..


Bila Deepavali ni, akak teringat lah zaman kanak2 dulu. Memang meriah kalu menyambut apa jua perayaan yg ada kat Negara kita ni. Maklum lah kami dulu duduk di kuarters kerajaan di Jalan Cochrane. Masyarakat majmuk le katakan. Masa kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri, kengkawan akak yg berbangsa lain pun sibuk beraya sama. Kita berarak dari rumah ke rumah jiran tetangga pepagi buta sbb nak kumpul duit raya. Bukan nak makan sangat tapi yang utamanya nak duit raya. Zaman kanak2 akak tahun 70an (retro tuu) tak de lah org nak bagi duit kertas, paling besau pun 50 sen. Kalu dapat 20 sen pun dah cukup bagus. Siap ada purse lagi tu, sbb senang nak simpan duit raya. Kengkawan akak masa tu ialah Mano, Selvam, Saratha, Santhi (4 beradik), Raja & Amutha (2 beradik), Ah Wah, Ah Chong, Ah Peng (3 beradik), Ganesan & adiknya Arumugam. Ada lagi, anak anty Mary si Dennis & Ah Pit (nama dia Peter, nama manje Ah Pit), dorang ni Cine Serani sambut krismas. Ghafar, Ajak n Malik (3 beradik), dak Lan and adik beradiknya iLi and dak Aman (arwah), kakak2nya yang meriah Kak Lina & Kak Jijah. Ini sebahagian dari ramai lagi yang akak pun dh tak berapa nak ingat nama dorang. Tengok nama2 dorang jer dh tau betapa meriahnya kami beraya pada zaman tu kan. Tak lupa juga pada kawan baik akak masa rumaja dedulu Usha Rani yang cantik manis.





di kedai ni lah yg selalu akak beli jajan masa kanak-kanak dulu, skg kedai dan rumah yg ada sudah dirobohkan utk pembangunan di kawasan ini.



(gambar ehsan pak google)

Sebab tu akak kenal sesangat dgn makanan utama setiap perayaan ni. Deepavali kalu, makanan yang ditunggu2 mesti lah ideli, rupanya bulat2 warna putih sbb dibuat dari beras yang diboh (skg ni org guna blender) dikukus dan sedap dimakan dengan kuah dal. Selain tu tosei dimakan dengan catni kelapa nyummyyy..bila teringat keenakan masakan mak kengkawan akak nih, terliur plak. Tak sama rasanya dengan yang dimakan di kedai2 mamak. Home made cooking lebih sedap dan ada kelainan. Akak penah makan capati jiran Sikh yang masak, perhhhh..sampai sekarang akak tak penah lah jumpa capati sesedap itu lagi. Missed them all…


Kuih muih pun meriah, yang femes sure lah muruku kan. Muruku pun ada 2-3 jenis, yang licin or berigi. Omopodi tu cam muruku tapi halus2 dan dicampur dengan kekacang. Beberapa hari sebelum nak deepavali, akak akan menolong mak kawan akak Usha Rani buat muruku. Nampak cam ok je kan, cer u all tekan acuan muruku tu..tangan u all kene kuat, org lembik2 nih tak leh buat. Akak tolong goreng jee..ehehe..Selain muruku, yurondeh pun akak suka jugak, rupe kuih ni cam guli bulat2 gitu, ada satu lagi kuih yg dibuat dari tepung kacang hijau sori tak ingat lak namanya. Kuih ni kalu dibaling kat dinding belum tentu pecah..keras. Jangan tak tau kuih goyang or kuih ros pun dorang buat jugak bukan masa raya jer leh jumpa, Deepavali pun leh makan jugak. 1 Malaysia lah katakan. Akak akan buat kek cocoa dan biskut2 moden untuk Usha sbb dia memang tak pandai bab2 baking2 nih..Mak dia selalu bebelkan dia sbb malas..siap banding2kan dengan akak yang ‘rajin’ nih. Hahaha..





kini tinggal kenangan dan nama jalan ini sudah lupus dlm peta Kuala Lumpur
(gambar ehsan pak google)

Mementang lah akak dilahirkan kat Brickfields kan..mmg boleh lah faham bahasa Tamil nih. Bila tengok citer Tamil yang lawak2 tu boleh ketawa nak gilee..sbb kelakau sangat. Dedulu boleh gak berborak dalam bahasa Tamil nih sbb ramai kawan India kan..tapi skg boleh cakap yang simple2 jer..tu pun sebab bergaduh dengan si Ravin kat opis dia ni kuat menyakat, memang selalu kene carut jee..eheheh…tapi mak akak memang terer lah bercakap dlm bahasa Tamil ni. Kalu gi kedai or pasau, sure mak akak bercakap Tamil dengan tuan punya kedai yang berbangsa India. Sampai kan org jual roti tu pun akan bercakap dlm bahasa Tamil dgn mak akak. Amekaw..


Tu lah kenangan manis yang tersimpan sehingga kini yang tak akan dilupakan sampai bila2. Dalam sibuk2 org sekarang dengan 1 Malaysia, kami dedulu dah merealisasikannya tanpa kempen sana sini. Ia datang dari hati tanpa prejudis. Semoga apa yang kita nikmati sekarang akan kekal sampai bila2. Aman makmur dan bebas merayakan apa jua perayaan anutan masing-masing.





















Isnin, 13 Jun 2011



ASSALAMUALAIKUMMM




Hari ini budak2 dah start ke sekolah setelah 2 minggu bercoti2 dengan senang lenangnye. Akak pun dh tak boleh nak bangun kol 5.30 lagi..kene ler back to normal balik, bangun jam 5 pagi..uhuhuhu....

Anak dare akak membebel sbb 2 minggu coti kami tak gi memana..bosan katanyee..tapi dah janji cukup bulan nih nak bawak dorang berjalan...tungguuu ajee lee...eheheh



Khamis, 9 Jun 2011

PROJEK BUAT ROTI

ASSALAMUALAIKUMM..


Projek nak buat roti nih sebenonya dh lama ada, tapi vitamin 'M' terlebih, makanya tak jugak lah terbuat-buat. Akak dah gi kelas membuat roti tahun lepas, memula balik dari belajo tu berkobar2 nak membuatnya..dik kerana asik bertangguh2 aje terus semangat jadi sejuk beku..Tapi last monday, tetiba datang kerajinan yang terlampau, telah mendorong akak membuat roti yg diidam2kan. Kol 7.30 pagi akak dah start menguli, sesambil nak tunggu doh tu naik..sempat lah sidai baju, menyapu umah sampai ke kaki lima kat luar umah, mop umah, cuci tandas, dan kerja-kerja rumah yang tak abis2 tuu..ari senin tu akak coti..


Bila dah dekat 1 jam, akak pun menjengok ler ke dapur dan selak kain penutup mangkuk doh tadi, wahh kan main gebu doh roti akak. Apa lagi, kerja-kerja menguli dan menumbuk2 doh pun bermula. Hasilnya tidak menghampakan dan sudah plan nak membuatnya lagi weekend ini. Akak buat 2 jenis roti, sosej roll dan bun manis, intinya ikut suka ati kita lah kan nak letak sambal kee..kaya kee..apa2 kee..asal boleh dimakan.


Resepi ni akak ambil dari fotopage Pn Rin Chan (mohon dihalalkan ye)..


Bahan-bahannya:-


300 gm tepung protin tinggi


120 ml susu kotak


60 gm butter


3 sb gula


1st yis Mauripan


1st garam


1st pelembut roti (yg ni akak tambah sendiri)


Cara-caranya:-


Kecuali tepung, semua bahan-bahan di atas dicampurkan bersama susu..kacau dan biarkan dalam 20-30 minit.


Apabila adunan susu sudah mengembang, tuangkan ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga aduan tepung tidak melekat pada mangkuk.


Tutup doh dengan kain hingga ianya membesar sekali ganda.


Kemudian, boleh lah kita menguli sekali lagi doh dengan menumbuk2nya dan menguli lebih kurang 15 minit. Then doh tadi dicubit dan dicanai dipotong bentuk kon (cone) & gulung dgn sosej tadi. Letak di atas dulang pembakar dan dibiarkan untuk beberapa minit lagi utk doh itu mengembang. Sapu dengan telur dan bakar selama 20-25 minit.














Ahad, 29 Mei 2011

Makan-makan...Lagi

ASSALAMUALAIKUMM..

Rabu lepas teringin lak nak gi makan kat Periok Belanga di Kelana Jaya..kami tiga beradik, Asu (adik bongsu akak) driving, 2nd sister akak, Nor memulakan misi kami selepas maghrib. Tapi tak de rejeki plak nak makan di situ sbb restorannya tutup. Emm..ke mana kite? A'haa..akak pun cadang gi makan kat restoran makanan China Muslim DONG YI SHUN sederet Faris Maju, Jalan SS6/3, Kelana Jaya. Memang dah lama teringin nak singgah di sini tapi tiada kesempatan.

Istimewanya di sini mee yang diorder akan dibuat dengan tangan bukan mee yg kita makan di kedai spt lazimnya ya..pembuat mee tu ada kat depan resoran. Ala-ala mcm kebiasaan restoran yg ada di negara China. Akak order Pan Mee with beef, bentuknya bukan mcm mee panjang2 tapi lebihkurang mcm pasta berbentuk empat segi..rasanya kenyal dan sememangnya mengenyangkan, mau tak denyee..sepinggan tu leh makan 2 orang!!..Asu order nasi goreng cina, Nor order mee sop seafood..mangkuk boleh tahan besaunya..ehehehe..bahan-bahan yg ada kat dalam tu pn nampak meriah. Side dish kami order ayam panggang 1/2 ekor dan dimsum Xian bao with Beef and Soup flling..intinya ada daging lembu kisar berkuah..Minuman pula kami order Chinese tea sejuk untuk akak and hot untuk Nor..

Ank-anak akak datang kemudian dengan ayah mereka..dorang order cam biasa lah nasi goreng cina je. Boleh dikatakan harganya tak lah mahal amat berpatutan. Bilnya RM70 sahaja..murah tak? Kalau u allz nak merasa mee buatan tangan boleh lah datang ke sini. Menunya pelbagai boleh pilih ikut selera.


















Asu berselera sekali..





mee soup seafood



Pan mee with beef




dimsum Xian Bao with Beef and Soup filling







Isnin, 23 Mei 2011

AL-FATIHAH

ASSALAMUALAIKUMM


Petang Sabtu lepas kita dikejutkan lagi dengan tragedi tanah runtuh. Kali ini bencana alam ini berlaku di Batu 14 Hulu Langat dan mangsanya adalah anak2 yang berada di asrama Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis. Amat menyayat hati apabila senarai mangsa-mangsa yang maut dipaparkan di skrin television, rata-rata umur mereka yang baru aje mengenal dunia persekolahan. Diharapkan ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan dari ILLAHI..semoga roh mereka yang terkorban ini tergulung bersama-sama orang yang beriman beramal solleh..AL_FATIHAH..





Selasa, 17 Mei 2011

CUTI..CUTI..CUTI LAGI

ASSALAMUALAIKUMM....

Hari ini cuti umum Wesak Day..lepak-lepak lah kat umah, cadangnya nak lunch kat Line Clear kat Rahman Putra, Sungai Buluh. Tapi hajat tak kesampaian sebab masa kami sampai di sana, orang dh ramai beratur. Aduhai tak larat lah nak turut beratur di panah panas terik sang mentari kol 12 tghari itu. Siap ada yg berpayung lagi, power tak power nasi kandar tu kann..Sejak masuk dlm rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di tv3 hari minggu lepas, maka ramailah yang teringin nak merasa nasi kandar di situ sbb harganya agak berpatutan tidak mahal seperti harga nasi kandar yang fofular di sini. Dikatakan juga, nasi kandar di sini adalah yang original, sbb nasinya berkaler kuning dan resepi keluarga, bukan nasi putih seperti lazimnya. Tu lah tarikan istimewa yg membuatkan orang ramai berpusu ke sana sempena cuti umum ini untuk merasa keenakkan nasi kandar Fareed Line Clear. Nampaknya tak de rezeki kami untuk makan nasi kandar, mungkin di lain hari.

Kami pun berpatah balik ke Kota Damansara dan menuju ke Tanjung Village Food Court di Dataran Sunway. Di sini pun banyak jugak gerai makan yang enak2. Ikah order nasi ayam 1 set RM7.00 ada taugeh sekali. Quite mahal dari harga biasa, Haiqal order kueh tiew goreng RM3.50. Akak plak order set sop campur dengan nasi kosong + telor dadar harganya RM7.00. Minuman plak kami order Ais Bandong Special, sbb apa special? haaa..sbb air bandong ni dicampurkan dengan gula kabung dan susu. Lebih kurang cam Ais Tea Layer tu. Mmg sedap. U oallzz kalau ada masa tu, singgah2 lah di sini. Kalau sebelah malam lagi banyak gerai2 lain yg dibuka. Kalu nak tahu JJCM pun penah dibuat di sini. Qi dan artis jemputannya Sheila Hamzah, dorang makan set nasi Bawal Power harganya dlm RM10.00..ada set ikan bawal, ikan sembilang dan sotong goreng dihidang bersama-sama kari, ulam dan kicap. Macam-macam menu ada disini...jom try..




















Khamis, 12 Mei 2011

ONDE-ONDE KELEDEK

ASSALAMUALAIKUMM..

Dah lama tak buat juadah minuman petang, tingat masa kite kecik2 dulu mak rajin buat juadah petang. Bila kol 5 aje dah terhidang kuih muih dan teh tarik di atas meja, kita nih tunggu balun aje. Tapi suasana sekarang tak serupa itu lagi, kita lebih suka minum teh tarik di kedai mamak dah jarang mak2 zaman sekarang nih menghidangkan juadah petang untuk famili mereka, termasuk lah akak nih haa...

Selasa lepas akak cuti, tapi anak2 ke sekolah maknanya akak tetap juga ke Kelana Jaya untuk menghantar mereka dan dapat lah akak meluangkan masa di rumah mak. Kesempatan itu jugak, mak menyuarakan kepingin nak makan onde-onde. Apa lagi, lepas Asar akak pun ke dapur untuk menyediakan onde-onde keledek. Pelik ke? tak penah dengar onde-onde keledek? Opis mate akak lagi lah pulak..tak tau amendenye lah 'onde-onde' tu..bila akak sebut 'buah melaka' baru ler dia faham..pulakkkk....

Bila sebut onde-onde keledek tingat lah zaman akak kecik2 dulu, mak menjual kuih muih dan ada warong lagi..jangan memain jual kuih pun ada share partner. Jiran kami makcik Mun share partner mak akak, dia ni mmg lembut orangnye..susah nak dengar dia marah anak2 dia, tak cam mak akak sekali dia jerit mau gegar satu taman perumahan tu..heheh..Makcik Mun ni lah yg buat onde-onde keledek best in the world...gituuu. Mmg betul, akak suka kuih onde-onde Cik Mun, besar kuih tu ada ler kot sebesar bola golf tu..makan sebijik kenyangggg...intinya kelapa yg dimasak dengan gula merah. Kulitnya dari tepung gandung dicampur dengan keledek lenyek. Memang korang tak penah rasa ler onde-onde camgini..kan..kan..tak pe meh kita tengok resepinya..so uollzz leh try test tengok..sedap tak sedap...tapi akak buat aritu guna tepung pulut dengan keledek lenyek jee..tu pun kira ok gak lahh..cam biasa resepi akak tak de sukat2 main baling ajee..


Bahan-bahannya

1/2 kilo keledek
2 cwn tepung pulut
daun pandan diblend ambil airnya
sedikit pewarna hijau
gula kabung dipotong kecil
kelapa parut (ambil yg putih shj)
sedikit garam

Caranya




  1. Kupas kulit keledek dan rebus hingga empuk. Bila dah masak tos airnya dan dilenyek lumat.

  2. Bila keledek dah sejuk, campurkan tepung pulut, curahkan air daun pandan yg telah dicampurkan sedikit pewarna hijau dan uli hingga menjadi doh.

  3. Cubit doh tadi dan gentel bulat2 kemudian dileperkan dan diisi dengan gula kabung

  4. Jerang air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan doh tadi rebus hingga masak.Kalu onde-onde terapung tu maknanya dah masak.

  5. Kelapa digaulkan dengan garam. Onde-onde yg telah masak tadi digaulkan pada kelapa.

  6. Onde-onde siap dihidang.

Selamat Mencuba...





Ahad, 8 Mei 2011

IBUuu..

ASSALAMUALAIKUMM

Jamuan untuk ibu ku tersayang Puan Kamisah bt Tahir.




















Selasa, 3 Mei 2011

QUICHE CHICKEN MUSHROOM

ASSALAMUALAIKUMMM..

Bila kerajinan melanda, maka ada saja yg nak digodek kat dapur kan..petang semalam spt yg telah dijanjikan, akak buat projek quiche plak. Dah lama sebenOnya nak membuat quiche ni tapi asik bertangguh aje. Akak gunakan acuan quiche 20cm sbb oven akak tak de lah besO mana..kang beli acuan besau tak muat lak nak dimasukkan dlm oven. Resepi ni akak salin masa nonton rancangan chef wan di tv2. Satu lagi, akak tak guna sukatan ye..main baling2 ikut sedap tangan..

Bahan-bahannya:-

Pastri

2 1/2 cawan tepung gandum (untuk 2 acuan 20cm)
butter secukupnya
1 biji kuning telur
sedikit air sejuk berais

Bahan untuk ditumis

1 peket button mushroom dihiris
1 labu bawang besar potong dadu
2 keping dada ayam di hiris kecil-kecil
sedikit butter untuk menumis
sedikit garam dan lada hitam

Bahan kastad

4 biji telur gred A
Heavy cream
sedikit jus lemon
sedikit garam dan lada hitam

Cara-cara membuatnya.

1. Sediakan tepung gaul bersama butter hingga menjadi spt serbuk roti, masukkan
kuning telur dan sudukan air berais sedikit2 hingga adunan menjadi doh. Bungkus
doh dlm plastik dan simpan dlm fridge lebih kurang 1/2-1 jam.

2. Panaskan kuali dan masukkan butter tumis bawang hingga naik bau dan masukkan
ayam dan gaul rata, biarkan ayam masak. Kemudian masukkan mushroom, garam dan
lada hitam. Gaul sebati hingga masak. tutup api dan biarkan inti sejuk.

3. Keluarkan pastri dan canaikan mengikut saiz acuan quiche. Pastri yg telah
dimuatkan dlm acuan hendak lah dicucuk dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung. Bakar separuh masak selama lebih kurang 15-20 minit.

4. Pukul telur dan masukkan heavy cream dan jus lemon, garam dan lada hitam. Kacau
sebati.

5. Masukkan bahan tumis ke dalam pastri kemudian tuangkan adunan kastad dan bakar
quiche hingga masak.


Memandangkan tak jumpa heavy cream, akak gunakan susu segar dlm kotak. Rasanya pun not bad..sedap. Selain dari ayam dan mushroom, kita boleh juga gunakan sayur-sayuran spt tomato, spinach or daging..ikut selera dan citarasa kita. Kalau u allz ada masa pls try quiche ni..mmg sedap..anak-anak akak ingat pizza. Quiche ni lebih kurang cam tart lah..sbb pastrinya sama dengan tart. Ok selamat mencuba..






kulit pastri yg perlu dibakar dahulu





sedia untuk dibakar






chicken mushroom quiche sedia dimakan









Model tetap akak...sedang menjamu selera tak sempat sejuk pun..makan panas2




Isnin, 2 Mei 2011

PROJEK HARI CUTI-CUTI..

ASSALAMUALAIKUMM

Memandangkan cuti ni tak ke mana-mana sbb tak de plan pun nak makan hangin, melepak aje lah kat umah. InsyaAllah plan bercuti bulan June nanti. Anak dare akak plak sibuk aje suruh buat kek so apa lagi, kita pun ke Giant lah membeli keperluan baking membaking nih. Sebelum tu akak ke kedai yang khusus menjual bahan2 membuat kek tapi tutup lah pulak. Selain bahan mentah buat kek, akak beli mixer baru almaklumlah dah 14 tahun tak buat kek. Hand mixer dedulu tu pun ntah ke mana peginya. Masa dok belek-belek acuan muffin..tetiba akak ternampak plak acuan quiche, akak capai ler 2 bijik acuan tersebut. Besok plan nak buat mushroom quiche. Tengah rajin ni kan..

Dalam masa nak balik tu, sempat plak akak singgah tempat orang menjual bermacam jenis pokok-pokok herba organik, sesaja cuci mata, geram jugak menengokkan kehijaun tanaman yg dijual, terpandang plak pokok stevia ada jual di situ, akak pun tak melengah-lengah lagi, beli lah 1 pasu kecik harganya RM11 dan akak beli jugak tanah organic satu bag harga RM10.00, niat di hati nak tanam kat umah mak di Kelana Jaya, sekurang-kurangnya boleh lah jugak mak akak guna untuk buat minuman manis tanpa gula.

Kalu u all nak tau daun stevia nih boleh menggantikan gula dalam minuman dan makanan. Daunnya kita petik dan masukkan dalam minuman panas. Rasa manis cam kita guna gula tapi manisan stevia ini tidak memudaratkan kesihatan. Selain itu, jika kita rajin, boleh keringkan daun2 stevia ini dan simpan dalam bekas. Boleh digunakan bila2 masa kita perlukan. Jom kita tanam pokok stevia ini di rumah.

Meh kita tengok resepi yang akak cari2 dalam internet. Akak search ‘chocolate chip muffin’ dan bahan-bahannya ialah..

250 gm butter
2 ½ cawan tepung kek
1 st baking powder
2 cawan gula halus (akak guna 1 ½ cawan)
4 biji telur gred A
¼ cawan susu segar (kotak)
Sedikit garam
1 st esen vanilla
Coklat chip

Cara-caranya

1. Putar butter hingga kembang. Masukkan telur, esen vanilla dan gula berselang seli, putar lagi

2. Masukkan tepung, kacau.

3. Susu dicampur dengan baking powder dan garam, kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaul. Kemudian masukkan coklat chip. Gaul lagi.

4. Sediakan acuan muffin yg telah dilenserkan dengan margerin. Sudukan adunan ke dalam acuan.

5. Bakar selama 15-20 minit.











lunch yg simple


durian Undang Merah..lemak berkrimm..nyummmyyy!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...