Selasa, 17 Mei 2011

CUTI..CUTI..CUTI LAGI

ASSALAMUALAIKUMM....

Hari ini cuti umum Wesak Day..lepak-lepak lah kat umah, cadangnya nak lunch kat Line Clear kat Rahman Putra, Sungai Buluh. Tapi hajat tak kesampaian sebab masa kami sampai di sana, orang dh ramai beratur. Aduhai tak larat lah nak turut beratur di panah panas terik sang mentari kol 12 tghari itu. Siap ada yg berpayung lagi, power tak power nasi kandar tu kann..Sejak masuk dlm rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di tv3 hari minggu lepas, maka ramailah yang teringin nak merasa nasi kandar di situ sbb harganya agak berpatutan tidak mahal seperti harga nasi kandar yang fofular di sini. Dikatakan juga, nasi kandar di sini adalah yang original, sbb nasinya berkaler kuning dan resepi keluarga, bukan nasi putih seperti lazimnya. Tu lah tarikan istimewa yg membuatkan orang ramai berpusu ke sana sempena cuti umum ini untuk merasa keenakkan nasi kandar Fareed Line Clear. Nampaknya tak de rezeki kami untuk makan nasi kandar, mungkin di lain hari.

Kami pun berpatah balik ke Kota Damansara dan menuju ke Tanjung Village Food Court di Dataran Sunway. Di sini pun banyak jugak gerai makan yang enak2. Ikah order nasi ayam 1 set RM7.00 ada taugeh sekali. Quite mahal dari harga biasa, Haiqal order kueh tiew goreng RM3.50. Akak plak order set sop campur dengan nasi kosong + telor dadar harganya RM7.00. Minuman plak kami order Ais Bandong Special, sbb apa special? haaa..sbb air bandong ni dicampurkan dengan gula kabung dan susu. Lebih kurang cam Ais Tea Layer tu. Mmg sedap. U oallzz kalau ada masa tu, singgah2 lah di sini. Kalau sebelah malam lagi banyak gerai2 lain yg dibuka. Kalu nak tahu JJCM pun penah dibuat di sini. Qi dan artis jemputannya Sheila Hamzah, dorang makan set nasi Bawal Power harganya dlm RM10.00..ada set ikan bawal, ikan sembilang dan sotong goreng dihidang bersama-sama kari, ulam dan kicap. Macam-macam menu ada disini...jom try..




















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...