Isnin, 2 Mei 2011

PROJEK HARI CUTI-CUTI..

ASSALAMUALAIKUMM

Memandangkan cuti ni tak ke mana-mana sbb tak de plan pun nak makan hangin, melepak aje lah kat umah. InsyaAllah plan bercuti bulan June nanti. Anak dare akak plak sibuk aje suruh buat kek so apa lagi, kita pun ke Giant lah membeli keperluan baking membaking nih. Sebelum tu akak ke kedai yang khusus menjual bahan2 membuat kek tapi tutup lah pulak. Selain bahan mentah buat kek, akak beli mixer baru almaklumlah dah 14 tahun tak buat kek. Hand mixer dedulu tu pun ntah ke mana peginya. Masa dok belek-belek acuan muffin..tetiba akak ternampak plak acuan quiche, akak capai ler 2 bijik acuan tersebut. Besok plan nak buat mushroom quiche. Tengah rajin ni kan..

Dalam masa nak balik tu, sempat plak akak singgah tempat orang menjual bermacam jenis pokok-pokok herba organik, sesaja cuci mata, geram jugak menengokkan kehijaun tanaman yg dijual, terpandang plak pokok stevia ada jual di situ, akak pun tak melengah-lengah lagi, beli lah 1 pasu kecik harganya RM11 dan akak beli jugak tanah organic satu bag harga RM10.00, niat di hati nak tanam kat umah mak di Kelana Jaya, sekurang-kurangnya boleh lah jugak mak akak guna untuk buat minuman manis tanpa gula.

Kalu u all nak tau daun stevia nih boleh menggantikan gula dalam minuman dan makanan. Daunnya kita petik dan masukkan dalam minuman panas. Rasa manis cam kita guna gula tapi manisan stevia ini tidak memudaratkan kesihatan. Selain itu, jika kita rajin, boleh keringkan daun2 stevia ini dan simpan dalam bekas. Boleh digunakan bila2 masa kita perlukan. Jom kita tanam pokok stevia ini di rumah.

Meh kita tengok resepi yang akak cari2 dalam internet. Akak search ‘chocolate chip muffin’ dan bahan-bahannya ialah..

250 gm butter
2 ½ cawan tepung kek
1 st baking powder
2 cawan gula halus (akak guna 1 ½ cawan)
4 biji telur gred A
¼ cawan susu segar (kotak)
Sedikit garam
1 st esen vanilla
Coklat chip

Cara-caranya

1. Putar butter hingga kembang. Masukkan telur, esen vanilla dan gula berselang seli, putar lagi

2. Masukkan tepung, kacau.

3. Susu dicampur dengan baking powder dan garam, kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaul. Kemudian masukkan coklat chip. Gaul lagi.

4. Sediakan acuan muffin yg telah dilenserkan dengan margerin. Sudukan adunan ke dalam acuan.

5. Bakar selama 15-20 minit.











lunch yg simple


durian Undang Merah..lemak berkrimm..nyummmyyy!!





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...