Sabtu, 1 September 2012

CORNFLAKES PEDAS RANGGUP.

Assalamualaikumm..

Pagi tadi teringat kat conflakes yang dibeli masa ramadan lepas..kengkonon nak buat biskut conflake or nak buat cornflake madu, tapi memandangkan kesempatan nak membuatnya terbatas, so pagi ni akak pun tak membuang masa terus menyediakan cornflakes pedas ranggup. Kat kotak tu dah ada resepinya, nampak mudah untuk menyediakannya. Boleh tengok tv dan lipat kain lagi.

Dan hasilnya amatlah memuaskan hati...memang ranggup dan sedap! Akak tak ikut sukatan resepinya, main baling-baling aje..ikut sedap mata dan tangan..akak tambah cili lebih sket baru lah umpppphhhh..bila makan kan?.

Jom kita tengok resepinya dari Kellogg's Cornflakes ini.

Sweet and Spicy Corn Flakes Snack

Bahan-bahan

20 gm bawang merah / bawang putih - cincang
30 gm cili boh
1/2 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak
60 gm gula
60 gm cornflakes
2 helai daun limau purut - hiris halus
garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah/putih hingga naik bau.
Masukkan cili dan gaul selama seminit.
Masukkan garam, gula, kicap dan daun limau purut dan masak sehingga gula cair dan campuran mendidih.
Masukkan cornflakes dan gaul rata dan bila dah bersalut cili, padamkan api .
Letakkan adunan atas dulang pembakar dan panggang selama 6 minit dengan kepanasan 180 C.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba..





















2 ulasan:

Riri Yoorin berkata...

meriah uolss.. nakkk

Resipi Ummi berkata...

Minta laluan admin,
Teringin makan hot cornflakes/cornflake pedas? Lawat kami di resipiummi.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...