Sabtu, 1 September 2012

CORNFLAKES PEDAS RANGGUP.

Assalamualaikumm..

Pagi tadi teringat kat conflakes yang dibeli masa ramadan lepas..kengkonon nak buat biskut conflake or nak buat cornflake madu, tapi memandangkan kesempatan nak membuatnya terbatas, so pagi ni akak pun tak membuang masa terus menyediakan cornflakes pedas ranggup. Kat kotak tu dah ada resepinya, nampak mudah untuk menyediakannya. Boleh tengok tv dan lipat kain lagi.

Dan hasilnya amatlah memuaskan hati...memang ranggup dan sedap! Akak tak ikut sukatan resepinya, main baling-baling aje..ikut sedap mata dan tangan..akak tambah cili lebih sket baru lah umpppphhhh..bila makan kan?.

Jom kita tengok resepinya dari Kellogg's Cornflakes ini.

Sweet and Spicy Corn Flakes Snack

Bahan-bahan

20 gm bawang merah / bawang putih - cincang
30 gm cili boh
1/2 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak
60 gm gula
60 gm cornflakes
2 helai daun limau purut - hiris halus
garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah/putih hingga naik bau.
Masukkan cili dan gaul selama seminit.
Masukkan garam, gula, kicap dan daun limau purut dan masak sehingga gula cair dan campuran mendidih.
Masukkan cornflakes dan gaul rata dan bila dah bersalut cili, padamkan api .
Letakkan adunan atas dulang pembakar dan panggang selama 6 minit dengan kepanasan 180 C.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba..





















MERDEKA RAYA


Assalamualaikumm..

Hari ini dah masuk 14 hari dalam bulan Syawal..kejap jer ekk..dan semalam kita rakyat Malaysia telah meraikan hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55. Meriah lah nampaknya perayaan tahun ini. Semoga negara kita ini sentiasa aman dan makmur ..Aminnnn..

Sepanjang puasa dan awal Syawal tak dapat nak update blog, bz sesangat (iye ke??)..sebenonye rasa malas je nak ngadap pc..

Sambutan raya tahun ini sederhana sahaja..tak de lah nak beriya2 membuat persiapan. Seperti tahun-tahun lepas jugak, akak akan memasak rendang dan kuah lodeh kat rumah mak akak di KJ. Setiap pagi raya kami akan berkumpul di KJ, bermaaf-maafan dan makan sama-sama. Adik akak Alin beraya di sini dan pada  3 hari sebelum raya dia dah sampai, nak berpuasa dan berbuka dengan famili katanya. Dia menetap di Kuching sejak berkahwin dengan orang sana. Selasa lepas 28.08.12 dia sudah pun pulang ke Kuching semula. Rindu bangat dengan kamu!..uhuhuhu...


kain langsir yang dah setahun tergantung..sudah sampai masa nak cuci dan simpan..


kain langsir lain plak nak digantung...dan kene ler tunggu setahun baru nak basuh..eheheh




kuih muih yang simple dan peanut candy untuk tetamu



biskut snowy chocolate, kuih makmur dan tart nenas


biskut mazola yang sempat dibuat sendiri


biskut mazola, belum raya dah abis dimakan oleh anak-anak


rendang campur (daging dan paru) sedang mendidih dalam kuali












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...